Wednesday, April 23, 2008

Chocolate Tat

Bahan:-
Untuk tat
250 gram mentega(1 buku)
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
tepung gandum secukup adunan

Untuk inti
125 gram coklat masak
25 gram shortening
25 gram mentega
2 sudu makan susu segar

Cara:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan esen vanila dan telur, kacau sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit2 hingga menjadi doh(hingga tidak melekat di mangkuk).
  4. Canai dan terap bentuk seperti tat.
  5. Bakar 20 minit.
  6. Sementara tat menyejuk, masukkan bahan untuk inti dalam mangkuk.
  7. Panaskan dalam ketuhar 2 minit.
  8. Keluarkan dan letakkan inti dalam tat tadi.
  9. Hias sesuka hati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails