Tuesday, September 9, 2008

Bila Lelaki Menjadi Dayus?

  1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
  2. Membiarkan isteri balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya.
  3. Membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  4. Membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
  5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa sporting yang memahami.
  6. Menyuruh, mengarah dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian seksi di luar rumah.
  7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gangstarz dan lain-lain sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
  8. Membiarkan isteri atau anak menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon, nafsu seorang lelaki dihilangkan? Tidak sama sekali!
  9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas atau sebagainya.
  11. Membiarkan isteri bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
  12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujud klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
  13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang teman lelaki seperjabat tanpa sebarang cemburu.
  14. Membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Kedayusan ini hanya akan tersabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit dayus kepada dirinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails