Friday, July 16, 2010

Posisi tidur semasa hamil...

Harini genaplah aku masuk 32 weeks...jap jek dah 8 bulan...dah mula tak selesa nak tidur malam...asyik terbangun sebab baby debik2 and sakit belakang bila nak kalih2...bila tidur terlentang lak sakit pinggang...ni baru bab tidur...bab nak jalan pun sama...rasanye nenek jalan pun lagi laju dari aku...minggu ni dah mula sakit ari-ari...de gak buat research pe masalah and cara mengatasi...puncanye maybe kedudukan kepala baby tu dah menghala ke bawah so rasa cam berat and "penuh" jek...and bahagian pinggang ke bawah tu dah mula ready untuk deliver...dulu pernah gak tanya private doc, dia kata tu normal...memang expected time2 hujung ni...masalah aku lak bile kaki kiri ni pijak jek lantai, rasa sakit mencucuk2 kat part tut...kaki kanan ok jek...tapi sejak kene ni 2,3 hari lepas, belakang betis kaki kanan ni pun cam nak cramp tapi tak cramp2...maybe sebab tekanan dari kaki kiri...so sekarang aku jalan buruk and slow...terhencut2 and slow sampai kadang2 kene paut papelah kat kiri kanan takut tergolek lak...naik turun tangga lagilah...huhuhu...sabar2...baby punye pasal kan...

Oh, pasal cara mengatasi tu, siang kene jalan banyak and kerap...if keje duk mengadap laptop jek, tiap 2 jam kene jalan2...malam lak baring angkat kaki sambil tengok tv...ni untuk rehatkan badan and kurangkan bengkak kaki...before tidur, suruh hubby tu sapukan minyak panas seluruh kaki and belakang pinggang...untuk buang angin, lancarkan urat and elakkan cramp...weekend if larat boleh exercise jalan2 window shopping barang baby...if penat and mengah boleh rest jap kat seat2...tak sape berani marah pun...siap bagi space lagi...:)

Ni nak listkan antara penyebab tidur tak lena time trimester ketiga ni:
  1. perut yang semakin membesar and mengeras.
  2. baby yang suka mendebik and menendang.
  3. sakit belakang atau pinggang.
  4. pedih ulu hati.
  5. insomnia.
  6. sesak atau susah bernafas.
  7. kencing malam.
  8. cramp kaki.
Posisi yang terbaik:

1) tidur mengiring ke kiri

  • tidak menyekat aliran darah dan nutrien daripada ibu ke plasenta dan baby.
  • bengkokkan kaki untuk elakkan cramp.
  • untuk lebih selesa, boleh letakkan bantal di celah peha.
  • sekiranye sakit belakang, alaskan bawah perut dengan bantal.
  • jika pedih ulu hati, tinggikan bahagian atas badan (dari kepala ke perut) sedikit dengan menggunakan bantal.
2) tidur mengiring ke kanan
  • tiada masalah selagi selesa tapi digalakkan mengiring ke kiri supaya baby mudah bergerak.
Posisi yang harus dielakkan:

1) tidur terlentang

  • boleh sebabkan sakit belakang dan pinggang sebab tekanan dari baby.
  • sembelit.
  • darah tidak lancar.
  • penghadaman terganggu.
  • sesak atau susah bernafas.
2) tidur meniarap
  • beri tekanan kepada baby and breast.
  • sesak atau susah bernafas.

No comments:

Post a Comment

:: You might also like ::

Related Posts with Thumbnails