Friday, August 27, 2010

Braxton's Hicks (BH) Contraction...

  • keadaan di mana perut menjadi tegang.
  • selalu terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 minit setiap kali.
  • dinamakan Braxton's Hicks (BH) sempena nama pakar perubatan yang menjumpainye tahun 1972.
  • terjadi seawal 6 minggu kehamilan tetapi ramai tak sedar kerana sangat ringan dan cepat.
  • bila di hujung kehamilan, kontraksi semakin kerap dan kuat dan kadang2 menyakitkan.
  • sebenarnye ia membantu melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.
Bagaimana rasanya?
  • bergantung, ada wanita yang rasa sakit, ada yang tidak.
  • selalunye tidak menyakitkan tapi mungkin perut rasa tidak selesa.
  • semakin dekat tarikh bersalin, semakin kerap dan kuat kontraksi BH berlaku.
  • kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekala, selalunye secara tiba2.
  • ia berlaku dalam masa singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
  • perut akan menjadi tegang dan keras dan mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari2.
Kerap terjadi apabila:
  • baby bergerak aktif.
  • semasa senaman atau angkat barang berat.
  • semasa urut perut.
  • semasa hubungan seks.
  • dehidrasi.
Beza kontraksi BH dan kontraksi kelahiran sebenar:

1) Kekerapan
  • Kontraksi BH: tidak teratur dan berlaku sekali-sekala.
  • Kontraksi sebenar: teratur dan semakin kerap dan kuat.
2) Kesakitan
  • Kontraksi BH: tidak sakit tetapi cuma rasa tidak selesa.
  • Kontraksi sebenar: sakit.
Tips kekal selesa semasa kontraksi BH:
  • tukar aktiviti atau posisi sekiranya merasa kontraksi BH akan datang.
  • rehat lebih lama, minum air dan baring pada sebelah kiri badan.
  • minum air secukupnya. Dehidrasi menyebabkan otot mengecut dan mencetuskan kontraksi BH.
  • buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  • amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan.
Sebenarnye, aku pun tak tau if pernah kena kontraksi BH ni...tapi perut menegang tu besalah...agaknye dah kot...tak pasan jek...dah masuk weeks 38 ni...wat papepun sumenye sakit...:(

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails