Wednesday, October 13, 2010

Petua banyakkan susu badan...

Minggu ni minggu ke-6 berpantang...patut dah start wat stok susu badan before naik keje Nov ni...tapi...susu nampaknye cam tak berape nak producelah... ke Leesya yang kerap minum sampai tak sempat pam...? Rupenye susah gak jadi Mama ni...sumenye terhenti bile breastfeed...kene focus dia and tak leh wat keje lain...sampai kadang tu tersengguk2 menunggu dia...si kecik ni pun nampaknye begitu bergantung and suka menempel ngan Mama dia jek...agaknye de beberape punca penyebab susu badan kurang...antaranye...
  1. kurang minum air masak and Anmum Lacta (salah sendiri...)
  2. makanan tak seimbang (time pantang ni asyik makan ikan parang and ikan bilis jek...no vege...no fruit...tu lah sembelit...)
  3. tak cukup tido (bangun malam susukan at least twice...tu pun if Leesya tak wat perangai takmo tido...)
  4. badan lesu and letih (sebab kurang bergerak...)
  5. strees (asyik terperap dalam rumah...)
  6. rindu (dalam seminggu, 4 hari jek G balik...)
  7. Leesya kerap minum (if pam, dapat sket...sampai kadang tu tak sempat pam pun...)
Kat bawah ni ade beberapa petua and cara nak tambahkan susu badan...just kene sesuaikan masanye...sebab if still dalam pantang, hanya makanan / minuman tertentu je lah yang boleh diambil...lepas jek 44 hari tu, trylah secepat mungkin mana2 yang sesuai...harap lepas ni, bertambahlah stok susuku...:)

Makanan
  1. jantung pisang
  2. sup lobak putih
  3. sawi / buncis / kacang panjang / jagung kecil
  4. madu
  5. kobis / pegaga / petola / kucai / cekur manis
  6. kurma
  7. kentang rebus
  8. mata kucing / longan
  9. roti / donut / biskut marie
  10. cheese / planta
  11. halba
  12. nestum / oat
  13. kacang tanah panggang
  14. sotong kering
  15. tahu / taufufa / tempe
  16. kacang merah
  17. bawang putih
  18. jambu batu
  19. sup ketam
  20. pucuk betik
  21. ikan tengiri / senangin / bilis
Minuman
  1. air masak
  2. susu segar / Anmum Lacta
  3. susu kambing
  4. soya
  5. Milo nestum / oat
  6. Milo / Horlicks
  7. jus buahan
  8. betik / honey dew
  9. rebusan buah pala
  10. spirulina
  11. air kelapa
  12. rebusan air halba
  13. rebusan kucai
  14. rebusan pucuk betik
  15. barli
  16. air tanak nasi
Ubat
-  untuk tambah hormone prolactin

  1. Domperidone (recomanded)
  2. Maxolon
  3. Metoclopramide (akibatkan stress)
  4. Motilium
  5. Raglan (akibatkan stress)
  6. Homeopati
  7. Fenugreek
  8. Pil Asi
Cara-cara Lain
  1. Baca surah al-Baqarah ayat 60 atau Hujurat. Sambil baca letakkan tangan pada breast.
  2. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
  3. Hancurkan daun cekur manis dan tampal pada payudara. Basuh selepas kering.
  4. Daun bunga melur digiling halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum susukan baby.
  5. Basuh 2-3 sudu kacang hijau dan tumbuk ketika basah. Tempelkan pada areola 10-15 minit. Payudara akan membengkak dalam masa 10-12 jam.
  6. Tuam tuala suam ke atas payudara.
  7. Urut belakang badan.
  8. Urut payudara.
  9. Sikat payudara dari atas menghala ke puting.
  10. Sentiasa berfikiran positif.
  11. Guna pam susu yg berkualiti.
  12. Kerap susukan baby.
  13. Kurangkan stress.
  14. Doa dan tawakkal.

No comments:

Post a Comment

:: You might also like ::

Related Posts with Thumbnails