Sunday, October 18, 2015

Bo dah beranak...

Sejak Rabu (14/10) lepas, Bo, (consider) kucing kami yang dah balik (hilang 8 hari sebelum ni)...boleh kata hari2 ade je, walaupun few hours lepak rumah...dia yang dulunya suka lepak atas bumbung, dah mula pandai curi2 masuk rumah...walaupun tau kemungkinan nak terserempak Shiro (another kucing betina kami) tu tinggi....dorang memang dari dulu tak ngam...pantang bertembung, mesti bercekau...Bo lebih suka beralah, wat tak layan, wat tak nampak...

Sebenarnya...Bo tu tengah cari port...perut dah sarat sangat tu...tunggu masa je...entah mana dia merayau selama tak melekat kat sekitar kawasan rumah ni...dah lah taman perumahan ni baru...tak ramai lagi penghuni...takkan nak harapkan sisa2 makanan dari pekerja2 renovation rumah lain...Bo tu takut orang pulak tu...tak ramai yang dia percaya...melainkan kami sekeluarga...ngan cuaca panas, kurang pokok2...confirm2 sumber air yang terdedah untuk dia minum pun limited...

Harini...walaupun Ayah, Mama, Lena and Sofea datang rumah, lepak dari pagi sampai ke petang...Bo tetap ade curi2 masuk keluar rumah...dia kan penakut sket...mungkin lapar kot...sedap agaknye terbau KFC yang dorang bawak...bile bagi sket, tak mau pun makan sangat...ok...ni mesti nak beranak dah ni...tengah pilih port kat bilik mana yang best kot...takpe...kotak dia dah standby pon...

Bo ni kucing bumbung...so sebelum2 ni, memang dia akan beranak atas sana...agak2 anak2 dia dah cukup kuat...dia sendiri akan tolak kittens tu dari bumbung jatuh ke lantai...so far, semuanya selamat...tapi bad news nye, kittens tu takut gile kat orang...tak sape pun dapat pegang...sekali beranak 4-5 ekor jugak...

Around 7.30pm, 1st kitten selamat dilahirkan...bagi Bo yang memang berpengalaman, senang jelah...setahun 2 kali agaknya dia beranak sebelum ni...lupa...then 2nd kitten 10 minit kemudian...ku tunggu2 lagi untuk 3rd kitten...tapi lepas 15 minit berlalu, masih takde pape...contraction je...ok fine...alih2 masa mandi, Leesya report..dah keluar dah 3rd and 4th kitten...few minutes later, 5th lak...fuh...banyak jugak...kejap je total kucing kami jaga 8 ekor...Bo and 5 kittens, Shiro and anaknye, Bear...dah terbayang dah kene ade lagi 1 cage...tak pasti lagi nak beli baru, 2nd hand or pinjam dari jiran lama kami, Umi...cage dia tak guna pon, kucing2nya mati lepas time Ramadan lalu...

Rule rumah baru ni, kucing mesti tido luar...walaupun kesian banyak nyamuk...takpe...tepi cage Shiro, kami letakkan ubat nyamuk lingkaran yang tahan 10 jam tu + sepasu kecik pokok halau nyamuk...kalau baranya hidup, berasaplah sampai pagi...Bo lak ditempatkan kat belakang sekali, sebelah washing machine...pun ade ubat nyamuk lingkaran...ade few times jengah dia sebelum kami tido, dia ok je...tak keluar kotak pun...berehatlah Sayang...nanti kite pikir2 rumah baru (cage) camne yer...



Bo and her kids - 4 white and 1 black white

Kekacang Kuning / Pintoi Peanut




Pengenalan

Pokok kekacang kuning atau nama saintifiknya "Arachis pintoi" merupakan sejenis pokok kekacang yang tumbuh menjalar di atas permukaan tanah. Ia dipercayai mendapat nama sempena G.C.P.Pinto yang menjumpainya pada bulan April 1954 di lembah Jequitinhonha, Sao Fransicso dan di sepanjang sungai Tocantins di Brazil. Nama lain baginya termasuklah Kacang kuning, Pinto / Pintoi peanut, Yellow peanut, Yellow glory, Kacang hias (Indonesia), Mani forrajero / Mani perenne (Sepanyol) dan Thua lisong tao (Thailand). Pintoi Peanut pada asalnya tumbuh liar di dalam hutan di Brazil.

Pintoi Peanut ni tergolong dalam kategori tanaman tutup bumi dan banyak digunakan sebagai tanaman lanskap. Mana2 tanaman tutup bumi boleh menggantikan penggunaan rumput. Malah, fungsi dan kelebihannya lebih baik dari rumput. Antara contoh tanaman tutup bumi yang lain ialah pokok bunga Ros Jepun, pokok tapak gajah, ect.





Ciri - ciri

Pintoi Peanut adalah salah satu pokok herba yang tumbuh rendah. Batangnya menjalar sepanjang 50 - 60 cm, akar dan sulur / stolon akan tumbuh dari buku ruas batangnya bila tersentuh tanah. Tinggi pokok bergantung kepada keadaan setempat. Daunnya tumbuh berpasangan, berbentuk oval dengan ukuran 1.5 - 3.5 cm lebar dan 3 - 4.5 cm panjang.

Pokok ini akan mengeluarkan bunga kecil berbentuk seperti Love, berwarna kuning terang dan sentiasa berbunga sepanjang tahun. Setiap bunga mempunyai 1 - 2 biji benih yang boleh disemai untuk pembiakan. Ia tumbuh dengan baik dalam cuaca tropika dan sub-tropika dan boleh bertahan 3 - 4 bulan dalam keadaan tanah yang kering, tetapi daunnya akan gugur dengan banyak. Jika tanah kurang air atau selalu banjir, pertumbuhannya terbantut dan daun menjadi kuning.

Di Malaysia, keadaan tanah yang sesuai untuk menanam Pintoi Peanut adalah tanah tanaman biasa atau berpasir dengan kandungan bahan organik >3%, Ia juga boleh berkembang baik dengan tanah yang kurang subur, PH lebih berasid atau yang mempunyai kadar aluminium yang tinggi (>70%).





Pembiakan

Ada 3 cara membiakkan Pintoi Peanut ni iaitu menggunakan biji benih, keratan batang dan keratan sulur / stolon. Untuk menutup keseluruhan tanah yang terbuka / terdedah, mungkin memerlukan 2 - 5 bulan, bergantung kepada keadaan kelembapan tanah dan jarak tanam setiap satu.

1. Biji benih

Ianya cara yang cepat dan mudah tetapi biji benihnya mahal dan sukar didapati di nurseri2. Cara tanam adalah tanamkan biji benih yang masih ada kulit arinya sedalam 2 cm ke dalam tanah. Biji akan mulai bercambah dalam masa 10 - 14 hari.

2. Keratan batang

Cara yang biasa digunakan. Batang dengan panjang 10 - 20 cm dipotong dan dicucukkan sedalam 7.5 - 12.5 cm ke dalam tanah. Jarak penanaman antara 25 - 70 cm setiap satu. Keratan batang perlu cepat ditanam untuk mengelakkan batang kering. Akar akan mulai tumbuh dalam masa 2 - 4 minggu.

3. Keratan sulur / stolon

Juga cara pembiakan yang sering digunakan. Keratan sulur / stolon adalah keratan kecil muda yang lengkap ada akar. Sulur adalah cabangan dari batang yang masuk dalam tanah dan mengeluarkan akar dari buku ruasnya. Sama seperti keratan batang, keratan stolon ini perlu ditanam segera untuk mengelakkan batangnya kering. Cucuk sedalam 2.5 cm ke dalam tanah dengan jarak tanam 25 - 50 cm.


Penjagaan

Selepas ditanam, tanah yang tahap kesuburannya rendah perlu diletakkan baja hingga pertumbuhannya stabil. Siram sekali sehari samada pada waktu pagi atau petang tetapi tidak boleh terlalu basah. Pemangkasan pula berkala untuk mendapatkan pertumbuhan yang cantik dan seragam. Ia dilakukan pada ketinggian 10 - 15 cm setiap 8 - 10 minggu. Pokok Pintoi Peanut yang matang boleh dipotong menggunakan pemotong rumput biasa. Batang dan akarnya yang stabil mampu menahan kesan pijakan juga.

Haiwan perosak Kekacang Kuning ni biasanya jenis siput yang aktif merosakkan pokok pada waktu malam. Pesticide organik atau bukan organik yang sesuai boleh digunakan. Tumbuhan atau rumput lain yang tumbuh di sekitarnya perlu dibuang untuk mengelakkan ketidakseimbangan nutrien.





Kelebihan

1. Elak hakisan

Pokok Kekacang Kuning ni adalah salah satu pokok tutup bumi. Akarnya yang tumbuh serabut dan banyak, mudah memegang tanah samada di tanah rata atau lereng bukit. Daunnya yang rimbun dan tumbuh lebat, boleh menghalang air hujan dari terus sampai kepada tanah dan seterusnya mengelakkan hakisan.

2. Tingkat kesuburan tanah

Pokok ini mampu mengikat unsur Nitrogen di udara sebanyak 42 - 47% dan unsur Karbon sebanyak 9 - 14%. Sebagai pertukaran, daunya yang hijau, banyak mengeluarkan Oksigen untuk kesegaran udara di sekitarnya.

3. Makanan tambahan haiwan ternakan

Daun Pintoi Peanut ni tinggi protein dan baik untuk pencernaan. Sifatnya yang mudah dibiakkan dan senang dijaga boleh menjimatkan kos petani dari membeli makanan lain. Haiwan ternakan tu termasuklah kuda, lembu, kambing, keldai, ayam, babi dan sebagainya.


Reference

1. Kacang Hias, Arachis Pintoi (kacangan)

- http://sinoxnursery.blogspot.my/2011/11/kacang-hias-arachis-pintoi-kacangan.html

2. Kekacang Pintoi
- http://animhosnan.blogspot.my/2012/10/kekacang-pintoi.html

3. Pinto Peanut-
 http://kebunbahagiabersama.blogspot.my/2013/10/pinto-peanut.html
Related Posts with Thumbnails