Nuffnang

Friday, September 30, 2016

15 Pantang larang ketika haid...

pantang larang haid period menstruasi darah datang bulan



1. Jangan picit jerawat
- Biasanya satu jerawat besar akan muncul di mana -  mana bahagian muka, selalunya di dahi atau di pipi. Ia mungkin juga muncul di kawasan yang tak dijangka seperti kulit kepala, belakang badan, celah pelipat, ect. Jangan disentuh dan dipicit - picit dengan menggunakan jari. Dikhuatiri jerawat akan terkena infection, menjadi semakin besar dan bernanah. Jika jerawat kecil dan tidak berair, biarkan sahaja. Ia akan hilang dengan sendirinya. Jika jerawat besar dari biasa, boleh disapu tea tree cream ataupun tepekkan je bedak sejuk sebelum tidur.

2. Jangan mandi air sejuk
- Semasa haid, badan dalam keadaan lemah dan lesu. Mandi menggunakan air sejuk akan menyebabkan tubuh badan terkejut dan kapilari darah mengecut. Sebaiknya, mandilah mengunakan air suam. Tadahlah air hangat dari shower ke dalam baldi atau besen. Mula mandi dengan membersihkan kawasan intim dahulu. Seterusnya, jirus bahagian kaki, perut, dada, bahu, tangan dan akhirnya muka. Sabun seperti biasa.

3. Jangan basuh rambut
- Jangan dibasahkan atau dishampoo rambut, dari hari pertama hingga hari keempat haid. Jika terpaksa, gunalah air suam. Ini untuk melancarkan darah dan mengelakkan terjadinya keputihan. Kesan membasahkan rambut dalam hari larangan ini boleh menyebabkan darah kotor berhenti mengalir sebelum waktunya. Sekiranya kedatangan haid tetap atau dapat dijangka setiap bulan, shampoolah rambut satu atau dua hari sebelumnya.

4. Jangan lama2 dalam tandas
- Jangan berlama - lamaan di dalam tandas kerana rumah syaitan adalah tandas and makanan mereka adalah darah kotor. Tak sanggup nak bayang apa yang mungkin terjadi seterusnya.

5. Jangan makan makanan hanyir
- Makanan hanyir seperti udang, sotong, ikan masin, kerang, ect sebaiknya dikurangkan untuk mengelakkan darah haid berbau kuat dan hanyir. Makanan bersumberkan protein sangat digalakkan seperti telur, kekacang, tempe, tahu, daging, ayam, sayuran, ect.

6. Jangan minum minuman bergas dan berais
- Minuman bergas tiada faedahnya. Air bergas samada dalam tin atau botol hanya mengandungi gula dan gas yang tinggi. Perut akan terasa sebu, berangin, kembung dan tidak selesa. Sebaiknya, minumlah air suam atau panas. Ketika haid, tubuh badan sedang kehilangan air yang banyak, dalam bentuk darah dan gantilah ia dengan minuman yang berkhasiat. Jika teringin minum jus, buatlah suam - suam atau makan terus buahnya.

7. Jangan minum minuman berkafein
- Contohnya seperti teh, kopi, nescafe, ect. Minuman berkafein ini dikhuatiri akan memburukkan lagi ketidakseimbangan hormon yang sedang terjadi. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung dan tidak selesa.

8. Dilarang berjimak / bersetubuh
- Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 222 melarang suami menjimak isterinya ketika haid kerana perbuatan itu boleh mendatangkan penyakit bagi kedua belah pihak. Percampuran antara kawasan pusat hingga lutut, di antara lelaki dan perempuan adalah ditegah tetapi 'bermain' di kawasan lain adalah dibolehkan.

9. Dilarang berpuasa
- Tidak sah puasa bagi orang yang sedang dalam haid. Walau bagaimanapun, puasa bulan Ramadan wajib diqada' atau digantikan.

10. Dilarang mendirikan solat
- Solat orang yang sedang haid adalah tidak sah and solat itu tidak wajib diqada' atau digantikan.

11. Dilarang menyentuh dan membaca Al-Quran
- Kitab suci Al-Quran ni perlulah dijaga dan dihormati sebaiknya. Mintalah bantuan orang lain (yang suci dari haid) jika perlu dialihkan ke tempat lain. Tetapi sekiranya keadaan memaksa dan tiada sesiapa yang boleh menolong, lapiklah tangan dengan kain dan jangan bersentuhan kulit dengan Al-Quran itu.

12. Dilarang memasuki surau / masjid / ruang beribadat
- Memasuki kawasan surau atau masjid dibolehkan (tempat letak kereta, tandas, ect) tetapi memasuki surau atau masjid adalah dilarang. Dikhuatiri akan mengotori ruang beribadat tersebut.

13. Tidak digalakkan menziarahi kubur
- Ada beberapa pendapat berkaitan perempuan haid menziarahi kubur. Tetapi jika boleh, ia tidak digalakkan melainkan sewaktu pengebumian ahli keluarga terdekat.

14. Dilarang tawaf ketika mengerjakan haji / umrah
- Ibadah - ibadah haji atau umrah yang lain boleh dilakukan kecuali tawaf Kaabah.

15. Jangan berendam di dalam kolam / sungai / laut
- Demi kebersihan semua pihak, perempuan berhaid dilarang mandi berendam di dalam mana - mana kawasan berair. Darah yang masih mengalir akan mencemari air tersebut dan menganggu ekosistem semulajadi.


Remarks
  1. Jangan maksudnya optional...pilihan di tangan anda...buat boleh...tak buat lagi bagus...
  2. Dilarang maksudnya ditegah sekeras - kerasnya...tak boleh buat langsung...
  3. Sebaiknya ikut sahaja panduan agama masing - masing...yang baik itu pastinya ada sebab dan hikmahnya...
  4. List di atas adalah hasil personal research Sarah je. Boleh digunakan sebagai ingatan, panduan dan ikutan untuk semua perempuan. Semoga bermanfaat.


References
1. Pantang ketika haid dan penjagaan ketika haid
http://izzasbeautyhealth.blogspot.my/2015/08/pantang-ketika-haid-penjagaan-ketika.html/

2. Pantang larang ketika haid dan nifas
http://panduanpercuma.info/info/4095/pantang-larang-ketika-haid-dan-nifas/

3. Bolehkah wanita haid pergi ziarah kubur?
https://konsultasisyariah.com/1741-bolehkah-wanita-haid-pergi-ziarah-kubur.html

30 comments:

  1. Ada kawan kata time period takleh minum teh. Is it true? Boleh bagi explanation? ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  2. Time dtg haid takk bolej potong kuku ke ? Tlng info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole je potong kuku , tpi lps potong buang , jngn letak dimerata tmpt ๐Ÿ‘Œ๐Ÿป.

      Delete
  3. kn dh diberitahu minum ais time haid tu xde kna mngena dgn knser rahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya minum air sejuk jadi cramp perut saya. sakit ya amat

      Delete
  4. Boleh tak kalau masa period potong rambut dan ketip kuku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh,Islam sangat menjaga kebersihan. Kuku panjang is kotor mbak

      Delete
    2. Boleh je..yg kata tak boleh tu sebernya mitos je tak betul..ketip kuku and gunting rambut boleh je masa period

      Delete
  5. Makan makanan seperti timun time haid boleh ke?

    ReplyDelete
  6. Mcm mne pulak dgn makanan yg masam?boleh ke?

    ReplyDelete
  7. Boleh ke time period kita minum detox tea?

    ReplyDelete
  8. Betul ke time haid x leh berinai

    ReplyDelete
  9. Nak tnya betul ke org ppuan kalau senggugut ni.. Contoh nya seperti memetik/mengambil tanam sayur sayuran atau menyentuh nya boleh mati atau tanaman itu tidak boleh segar lagi??
    Mohon pencerahan untuk kesahihan.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl sangat. I ade pengalaman

      Delete
    2. Gunting rambut sebelum mandi hadas diwajibkan mandi dengan rambut yg telah digunting tu ke?

      Delete
    3. Gunting rambut sebelum mandi hadas diwajibkan mandi dengan rambut yg telah digunting tu ke?

      Delete
  10. nak tanya betul ke kata orang kalau time period tak boleh masakkn untuk suami sebab katanya badan dalam keadaan kotor.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Boleh. Kebersihan is priority in Islam. I know you know that.

      Delete
  12. Bolehkah waktu datang bulan boleh berubat

    ReplyDelete
  13. Ketika haid boleh ka mkn penadol?

    ReplyDelete
  14. Betul ke kalau datang haid tak bole basah kan rambut dgn shampoo?

    ReplyDelete
  15. Bole ke makan masam2 mcm mangga time period?

    ReplyDelete
  16. Hi . Time period tak boleh minum teh ? Kalau teh org kampung ? Boleh ?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails