:: Post by Category ::

Showing posts with label Brickfield. Show all posts
Showing posts with label Brickfield. Show all posts

Tuesday, August 20, 2019

CIMB Coins Deposit Machine...2nd time...

Ini kali kedua kita menabung syiling kat CIMB Coins Deposit Machine (CDM) bulan ni. Kali pertama tu Rabu last week (14/08) dekat CIMB CDM Kuantan, Pahang. Mesin dia bersih and smooth je. Kita orang terakhir deposit sebelum CDM tu penuh. Masa tu ada baki RM150 syiling lagi. Nak buat macam mana, CDM tu dah 'kenyang' pulak...

Ahad lepas (18/08) kami sekeluarga pi pickup syiling kat Persint 9, Putrajaya. Cust ni adalah cust dari FB Page: Servis Tukar Syiling. Dah 2 minggu berurusan. 2 kali plan untuk pickup tapi masing2 tak available sebab cuti Raya Haji dan vacation...

Cust ni setuju untuk tukar half dulu sebab nak guna duit sangat. Another half akan ditukar hujung bulan nanti. Walaupun half, totalnya RM297.90 dengan 730 keping syiling. Seronok tau tengok syiling banyak2 ni. Mr SweetHeart memang tak terkatalah layan hobby kumpul dan kira syiling bini kesayangan dia. Hahaha...

Untuk pengetahuan, syiling tak elok ye simpan lama2 kat rumah. Takut toyol jumpa and jadikan rumah kita tempat permainan pulak. Dia akan kutip sket then bagitau tuan dia. Tak lama nanti, rumah kene pecah masuk. So untuk elakkan benda2 ni, tugas Mr SweetHeart pulak untuk cash-in coins ni ke Coins Deposit Machine...


Syarat2 untuk deposit syiling:

  1. Asingkan duit baru dan lama.
  2. Asingkan ikut nilai syiling.
  3. Kumpulkan RM50 / RM100 seplastik.
  4. Masukkan plastik2 dalam 1 tupperware / bekas besar.
  5. Datang awal sebelum 10 am sebab CDM cepat penuh.
  6. Datang hanya pada hari Isn - Rabu. Kha - Jum mungkin CDM dah penuh.
  7. Datang pada waktu banking hours: 9.15 am - 4.30 pm sebab CDM terletak kat dalam.
  8. Tak perlu amik nombor pun.
  9. CDM not available during weekend.

Around 10 am tadi, Mr SweetHeart WhatsApp kata dah cash-in coins. Lega...! Bolehlah open untuk next appointment tukar syiling. Jom kita kira jap...


Total = RM338 (RM142.50 + RM195.50)


Accepted coins:

 5 cent x 4 = RM0.20
10 cent x 969 = RM96.90
20 cent x 247 = RM49.40
50 cent x 383 = RM191.50
Total = RM338 (1,603 pieces)


Rejected coins:

10 cent x 24 = RM2.40 
20 cent x 3 = RM0.60 
50 cent x 13 = RM6.50
Total = RM9.50 (40 pieces)

Total coins = RM350
Total Accepted + Rejected = RM347.50
Total Missing = RM2.50

Missing coins ni takkan ditulis dalam resit. Sebab tu kita kene kira dan asingkan syiling dulu. Senang nak check duit apa dan berapa keping yang hilang. Tak pasti samada syiling tu tersekat dalam CDM atau hidden cost yang diambil sebagai Service Charge. Kalau tanya orang kat counter pon mesti tak layan.


Solution:

Kepada sesiapa yang ada banyak koleksi syiling...yang tiada masa nak ke bank, bolehlah roger kami untuk tukarkan duit syiling tu. Proses tak lama pon, dalam 24 hours kami tukar dan transfer online. WhatsApp COINS ke nombor ini > 0129127389 (Sarah) / 0127250334 (Radzi) untuk pickup. Kami cover area KL, Selangor dan Negeri Sembilan.


Tagging:

#CIMB #CIMBCDM #CIMBCoinsDepositMachine
#CDM #CoinsDepositMachine #DepositMachine
#WismaKoponas #Brickfield #KL #KualaLumpur
#ServisTukarSyiling #TukarSyiling #Syiling
#CoinsChanger #Coins

Thursday, July 25, 2019

CIMB Coins Deposit Machine...

Pagi ni kite masuk office Celcom CANCO lambat sket. Kalau dorang tanya, kite jujur jelah cakap ke bank yang buka 9.15 am. Ala...dengan WIFI request tak approve2 lagi, ape je boleh buat. Dah 11 hari melangu main phone. Habis melambung mobile data...

Nak menabung ni sket je...RM100...tapi dia punya berat...fuh, sakit bahu worrr...mengendong sekali dengan lappy yang memang dah berat tu. Bawa 2 jenis syiling je...RM50 (500 pc x 10 sen) and RM50 (250 pc x 20 sen). 9 am dah terpacak depan CIMB Wisma Koponas kat Jalan Brickfield tu. Seberang jalan dengan NU Sentral. Pintu buka je, orang lain semua berebut, beratur amik nombor...kite lak terus meluru ke mesin syiling. Nasib baik mesin tak penuh lagi. Kot tak, nangis jugak nak usung berat2 tu sana sini. 



Summary: 
Deposit: RM100
Accepted: RM98.35
Balance: RM1.40
Missing: 25sen

Missing tu kite assume as Service Charge jelah. Tapi, kot ye pun mention jelah dalam resit tu kan? Ni dah macam hidden cost pulak. Macam mencuri dalam diam ni! Kalau tengok balik resit tu...under column Denomination, contoh 10 sen ada 2 row: ada star and takde star kat hujung. Maybe nak differentiate old and new coins kot. Tak pasti mana satu. And point no 2 kat Remarks bawah tu dah mention...syiling ni adalah offline transaction and akan hanya diupdate dalam account 2 hari kemudian. So resit ni kene simpan sampai terbukti duit masuk ye. Papehal boleh contact branch itu sahaja. 


Solution:

Kepada sesiapa yang ada banyak koleksi syiling...yang tiada masa nak ke bank, bolehlah roger kami untuk tukarkan duit syiling tu. Proses tak lama pon, dalam 24 hours kami tukar and transfer online. WhatsApp COINS ke nombor ini > 0129127389 (Sarah) / 0127250334 (Radzi) untuk pickup. Kami cover area KL, Selangor dan Negeri Sembilan.

Tagging:

#CIMB #CIMBCDM #CIMBCoinsDepositMachine
#CDM #CoinsDepositMachine #DepositMachine
#WismaKoponas #Brickfield #KL #KualaLumpur
#ServisTukarSyiling #TukarSyiling #Syiling

#CoinsChanger #Coins