:: Post by Category ::

Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Monday, July 13, 2026

Review: PD Famous Cendol Coconut Shake, Port Dickson

Venue: PD Famous Cendol Coconut Shake
Area: Port Dickson, N. Sembilan
Date: 12/07/2026
Time: 1300

Environment:
1. Datang tengahari on weekend, parking full...so parklah tepi jalan...depan sekolah kot...
2. Macam2 makanan and minuman dijual...
3. Suasana bising...tak sesuai untuk budak bawah 3 tahun...
4. Kebersihan totally out...lauk berkuah tu dibiar terdedah tanpa pengawasan lalat...
5. Side dish macam keropok lekor, pisang goreng, cucur udang bukan freshly cooked...dah kecut tak berseri. Maybe masak awal sebelum 12 tengahari...

Price:
1. Harga lauk berkuah, lauk bakar, goreng tepung agak mahal...

Meal:
1. Mee udang biasa - Mee sikit sangat. Kuah ok...tak pekat, tak cair. Udang dapatlah 2 ekor...
2. Air balang teh o ais, sirap ais - Tawar...
3. Ais krim goreng - 3 flavours: mint chocolate, chocolate and vanilla. Sedap, besar and tak cair...
4. Nasi goreng daging salai - Tengok gambar macam menarik...terbayang bau wok hey. Tapi rupa and rasanya...pucat tawar...! Daging pon bukan salai...macam goreng je... 
5. Satay ikan - Tak rasa ikan langsung...! Satay pon takde bau bakar or hangit2 tu. Macam rebus pon ye gak...

Suggestion / Issue:
1. Band ke busker kat depan tu memekak betul...! Nyanyi tak sedap pon...pastu ada hati hala tabung minta masuk duit. Ehhh...memang tak lah nak menyumbang. Jantung ni berdegup laju...sampai rasa nak muntah dah. Lapar...tapi jadi tak selera sebab macam trigger anxiety lak...
2. Tambah sakit hati bila ternampak ayat tampal kat tiang kata....kalau rasa busker tu nyanyi kuat sangat, boleh pindah duk meja belakang. Ehhh...masalahnya...sampai toilet luar tu boleh dengar. Meja belakang mana lagi...?
3. Budak bawah 3 tahun...new born...tak payahlah bawa masuk sini. Rosak otak, rosak telinga. Kesian nampak baby new born tido terkejut2 dalam stroller sebab busker kuat giler tu...

#SarahRamlan
#Lunch
#PDFamousCendolCoconutShake
#PortDickson #NegeriSembilan

Review: MESS Greysands, Port Dickson

Venue: MESS Greysands
Area: Port Dickson, N. Sembilan
Date: 12/07/2026
Time: 1230

Environment:
1. Parking banyak...
2. Gelanggang badminton, tennis, kolam, taman mainan, dewan, tapak khemah, bbq, surau, macam2 ada...

Price:
1. Setelah renovation and perlancaran Kubang Rimau ni...of coz harga naik sket. But still affordable...!

Suggestion / Issue:
1. Suasana sedikit muram...kurang sangat orang...mungkin kurang promosi...
2. Makanan kena masak sendiri...or beli luar. Takde dijual kat dalam. VM yang ada pon macam tak berfungsi...
3. Cafeteria ke...kedai runcit memang takde langsung...
4. Malam sunyi dan malap sangat...nak lepak depan rumah pon cam tak selamat...
5. Tak pasti macam mana generate income...mungkin ramai tu bermusim...tapi kalau takde orang sangat...maybe bolehlah open to public on certain2 date or month...as of now, terhad kepada polis and pesara polis sahaja...
6. Tepi pantai tu kalau ada cabana lagi best...barulah orang stay lama mandi2...
7. Masa kecik pernah stay rumah tengah level bawah row depan tu. Malam2 macam dengar riuh bising orang atas...bila siang, baru tau takde sapa sewa area bising tu. Terkedu jap...tapi dia tak kacaulah...cuma rasa diperhatikan je. Ni cerita 30 tahun dulu...

Entrance gate...
Office...
Office door...
Houses on major renovation...
Big new pool...named Kubang Rimau...
Sea view...near to Lexis Hibiscus...

#SarahRamlan
#MESSGreysands
#MESSPegawaiKanan #PDRM
#PortDickson #NegeriSembilan

Sunday, July 12, 2026

Review: Selera Dalam Kubu, Port Dickson

Venue: Selera Dalam Kubu
Area: Port Dickson, N. Sembilan
Date: 11/07/2026
Time: 2115

Environment:
1. Suasana kedai kayu klasik...penuh orang. Mohon ada kesabaran yang tinggi...

Price:
1. Harga affordable...

Meal:
1. Mee bandung - Sedap...tak pedas, tak cair, takde cili tak hancur...
2. Mee goreng mamak - Mee payau...spoil mood... 
3. Mihun tomyam - Spicy and sour... 
4. Koay tiaw goreng - Sedikit berminyak...
5. Satay ayam, daging, perut - Sedap, lembut, juicy...
6. Nasi impit - Perfectly cooked... 
7. Kuah kacang - Sedap manis dengan kacang yang hancur sekata... 

Suggestion / Issue:
1. Parking tepi jalan...agak gelap...! Hati2 melangkah...kot tanah berlopak, lecak...atau ada haiwan tak perasan celah semak rimbun...
2. Tempoh menunggu agak lama. Kalau ada family member special care, mungkin tak sesuai...

Mee bandung...
Mee goreng mamak...
Satay ayam, daging, perut, nasi impit and kuah kacang...

#SarahRamlan
#Dinner
#SeleraDalamKubu
#PortDickson #NegeriSembilan

Review: Warung Salai, Port Dickson

Venue: Warung Salai
Area: Port Dickson, N. Sembilan
Date: 11/07/2026
Time: 1500

Environment:
1. Dari jalan besar, mudah nampak...tulisan besar and warna kuning tu menyerlah giler...
2. Datang lunch 3pm pon, masih ramai orang...
3. Sampai je, kena tunggu luar jap...dia check dulu ade meja kosong kat dalam. If yes, nyamanlah sket indoor berair-con. If not, duduklah luar tu basah tiak...
4. Dah duduk, takde clear instruction camne nak order...nganga tengok meja lain camne...
5. Susunan meja kerusi agak rapat. Orang belakang bangun, kerusi dia confirm berdentum kerusi kita...tak senang makan...

Price:
1. Harga agak mahal...tak berbaloi dengan rasa lauk pauknya...
2. Terkejut makan tengahari restoran tepi jalan...portion 4 adults 1 kid...mencecah nearly RM130...! Tu takde lauk udang and sotong tau...

Meal:
1. Nasi putih - Portion ok...
2. Nasi set - Comes with timun, kobis, tempe, tahu, sambal belacan and telur masin yang dipotong 3. Apa benda ni...? Kuningnya lebih dari putih. Persoalannya...extra putih tu korang guna buat masak ke? Ni tak adil...patut mentioned dalam menu...
3. Ikan siakap bakar - Half cooked...acceptable lagi. Tapi...nohhh...sisik tak buang lak...
4. Daging salai - Masak salai cili api tapi tak pekat...tak smokey. Biasa je...
5. Ayam goreng - Juicy and crispy...sedap...
6. Kuah asam pedas - Mangkuk terlalu besar...buat kuah nampak sikit. Bendi tu pon spoil...tua and liat...tak boleh kunyah...
7. Telur dadar - Berminyak giler...boleh diperah ye...
8. Lai chee kang - Paling menarik perhatian...! Kacangnya melimpah...
9. Air balang sirap, sarsi - Cup plastik dapat lepas bayar. Bole refill air and ais unlimited...

Suggestion / Issue:
1. Instruction how to order tu...tampallah kat meja. So that, takdelah tercanggak2 cust melopong tengok orang lain.
2. Or else...tampallah besar2 kat dinding or pintu ke...mana2 sudut mudah nampak...
3. Ada waiter berjalan gaya model...jenis yang laju, kasar, aggresive...tetiba pusing laju2...dah lah laluan tu sempit...! 
4. Ada jugak waiter yang lalu sebelah meja sambil jeling2...tah tengok makanan mana tak sampai lagi...or menyampah tengok customer...?
5. Gambar artis kat dinding tu...eloklah letak namanya sekali...sebab tak semua orang kenal dia...

Nasi set, ayam goreng, telur dadar and daging salai cili api...
Ikan siakap bakar and kuah asam pedas...

#SarahRamlan
#Lunch
#WarungSalai
#PortDickson #NegeriSembilan