Nuffnang

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban 2011...

Nisfu Syaaban tahun ni jatuh pada harini Sabtu 16/07/2011...de dalil kata tak boleh puasa...tak kisahlah samada puasa ganti or sunat...huhuhu...sambung next weeklah puasa gantiku...

Nisfu maksudnye separuh...so Nisfu Syaaban maksudnye separuh Syaaban atau hari ke-15 dalan bulan Syaaban...pada malam Nisfu Syaaban, buku amalan setahun lepas akan diangkat oleh Malaikat dan diganti dengan buku amalan yang baru...catatan yang pertama, bermula selepas masuknye waktu solat Maghrib...ianye adalah malam yang sangat berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar...dipercayai juga bahawa Allah memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat kepada yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang berhasad dengki...

Antara amalan2 yang dilakukan pada malam Nisfu Syaaban:
  • membaca Yasin 3 kali selepas solat maghrib...antara setiap bacaan Yasin, diselitkan doa2 tertentu seperti lepas Yasin pertama, baca doa diselamatkan dunia akhirat...lepas Yasin kedua, baca doa dipanjang umur dan hidup diberkati...lepas Yasin ketiga, baca doa dikurniakan rezeki yang halal...
  • baca al-Quran
  • bertasbih
  • berselawat
  • berzikir
  • solat sunat seperti solat hajat, tahajjud, witir, istiqarah, ect...
Semoga buku baruku lebih baik dari yang sebelumnye...Amin...
Related Posts with Thumbnails