Nuffnang

Tuesday, December 23, 2008

Kereta Paling Jimat Minyak...

Asian Auto dan Borch Malaysia telah menganjurkan Anugerah Kecekapan Minyak Asian Auto-Borch 2008 yang mendapat penyertaan 175 model kenderaan pelbagai jenis dari 25 firma pengeluar kereta. Daripada jumlah itu, 3 yang terbaik dipilih dalam 19 kategori sebelum menghantar keputusan untuk diaudit oleh ISM Insurance Services Malaysia.

Asian Auto yang dimiliki oleh firma senaraian awam, Delloyd Ventures Berhad ialah majalah automotif bulanan tertua di Malaysia setelah berada di pasaran sejak 35 tahun dan menjadi pilihan kebanyakan pengemar dunia automotif di seluruh negara dan Singapura.

Borch pula yang membekal teknologi dan perkhidmatan dalam pelbagai sektor terutama automotif telah bertapak di Malaysia sejak 1958 beroperasi dengan kekuatan 3 pejabat di Selangor, Perak dan Penang.

Pengeluar kenderaan yang menyertai termasuk Produa, Proton, Hyundai, Kia, Naza, Chevrolet, Toyota, Honda, Suzuki, Skoda, Mercedes, BMW, Ferrari, Porsche, Jaguar, Lamborghini, Ford, Mitsubishi, Isuzu, Nissan, Audi, Lexus, Volkswagen, Renault, Citroen, Volvo, Alfa Romeo, Peugeot, Subaru, Land Rover, Range Rover, Ssangyong, Fiat, Mazda dan Lotus.

Kereta Kompak
  1. Perodua Viva - 4.8L/100km
  2. Hyundai i10 - 5.0L/100km
  3. Proton Savvy LITE - 5.7L/100km
Kereta Kompak Premium
  1. Fiat Panda - 5.6L/100km
  2. Naza Bestari 206 - 5.9L/100km
  3. Suzuki Swift - 6.7L/100km
Kereta Keluarga
  1. Proton Persona - 6.6L/100km
  2. Hyundai Accent - 7.0L/100km
  3. Chevrolet Aveo Sedan - 7.3L/100km
Kereta Keluarga Premium
  1. Honda Civic 1.8 - 6.9L/100km
  2. Mitsubishi Lancer GT - 8.2L/100km
  3. Hyundai Elantra - 8.4L/100km
Kereta Keluarga Mewah
  1. Mercedes Benz B-Class 170 - 7.1L/100km
  2. Hyundai Sonata 2.0 - 8.4L/100km
  3. Mazda6 2.0 - 8.7L/100km
Kereta Eksekutif
  1. Audi A4 - 7.4L/100km
  2. Mercedes C-Class 200K - 7.6L/100km
  3. Volvo S60 2.0T - 7.9L/100km
Kereta Eksekutif Premium
  1. Audi A6 TFSI - 8.5L/100km
  2. Mercedes E-Class 200K - 8.7L/100km
  3. BMW 523i - 9.3L/100km
Super Saloons
  1. Audi A8 3.2 Multitronic - 10.1L/100km
  2. Jaguar XJ6 LWB - 10.5L/100km
  3. Lexus LS460 L - 11.1L/100km
Super Sport Coupes
  1. Peugeot 207CC - 7.2L/100km
  2. Mercedes Benz SLK200 - 7.95L/100km
  3. BMW 320i Coupe - 8.0L/100km
Kereta Kuasa Tinggi
  1. Mini Cooper S JCW - 6.9L/100km
  2. Peugeot 308 THP - 7.75L/100km
  3. Audi TT - 7.8L/100km
Trak Pikap 4x4
  1. Isuzu D-Max 3.0 - 7.6L/100km
  2. Ssangyong Actyon Sports 2.0 - 7.8L/100km
  3. Mitsubishi Triton 2.5 - 8.3L/100km
MPV Kompak
  1. Toyota RUSH 1.5 - 6.9L/100km
  2. VW Touran Tsi 2.0 - 7.2L/100km
  3. Renault Kangoo 1.5 - 7.5L/100km
MPV Mewah
  1. Hyundai Starex CRDi Diesel 2.5 - 8.5L/100km
  2. Ssangyong Stavic Diesel 2.7 - 8.8L/100km
  3. Fiat Ulysse 2.0 - 9.6L/100km
SUV Kompak
  1. Chevrolet Captiva Diesel - 7.7L/100km
  2. SsangYong Actyon SUV Diesel - 8.0L/100km
  3. Hyundai Santa Fe Diesel - 8.2L/100km
SUV Kompak Mewah
  1. Ssangyong Rexton 270 Diesel - 9.1L/100km
  2. Volkswagen Tiguan 2.0 - 9.9L/100km
  3. Subaru Forester 2.5XT - 11.1L/100km
SUV Mewah
  1. BMW X5 3.0 Diesel - 8.7L/100km
  2. Volvo XC90 D5 Diesel - 11.1L/100km
  3. Lexus RX350 - 11.2L/100km
Supercars
  1. Porsche 911 PDK - 11.0L/100km
  2. Jaguar XK8 - 11.3L/100km
  3. Mercedes CL500 - 12.1L/100km
Kereta Hybrid
Honda Civic Hybrid

Pikap Lowrider
Mitsubishi Triton Lite

* Source: Mingguan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails