Nuffnang

Thursday, July 25, 2019

CIMB Coins Deposit Machine...

Pagi ni kite masuk office Celcom CANCO lambat sket. Kalau dorang tanya, kite jujur jelah cakap ke bank yang buka 9.15 am. Ala...dengan WIFI request tak approve2 lagi, ape je boleh buat. Dah 11 hari melangu main phone. Habis melambung mobile data...

Nak menabung ni sket je...RM100...tapi dia punya berat...fuh, sakit bahu worrr...mengendong sekali dengan lappy yang memang dah berat tu. Bawa 2 jenis syiling je...RM50 (500 pc x 10 sen) and RM50 (250 pc x 20 sen). 9 am dah terpacak depan CIMB Wisma Koponas kat Jalan Brickfield tu. Seberang jalan dengan NU Sentral. Pintu buka je, orang lain semua berebut, beratur amik nombor...kite lak terus meluru ke mesin syiling. Nasib baik mesin tak penuh lagi. Kot tak, nangis jugak nak usung berat2 tu sana sini. 



Summary: 
Deposit: RM100
Accepted: RM98.35
Balance: RM1.40
Missing: 25sen

Missing tu kite assume as Service Charge jelah. Tapi, kot ye pun mention jelah dalam resit tu kan? Ni dah macam hidden cost pulak. Macam mencuri dalam diam ni! Kalau tengok balik resit tu...under column Denomination, contoh 10 sen ada 2 row: ada star and takde star kat hujung. Maybe nak differentiate old and new coins kot. Tak pasti mana satu. And point no 2 kat Remarks bawah tu dah mention...syiling ni adalah offline transaction and akan hanya diupdate dalam account 2 hari kemudian. So resit ni kene simpan sampai terbukti duit masuk ye. Papehal boleh contact branch itu sahaja. 


Solution:

Kepada sesiapa yang ada banyak koleksi syiling...yang tiada masa nak ke bank, bolehlah roger kami untuk tukarkan duit syiling tu. Proses tak lama pon, dalam 24 hours kami tukar and transfer online. WhatsApp COINS ke nombor ini > 0129127389 (Sarah) / 0127250334 (Radzi) untuk pickup. Kami cover area KL, Selangor dan Negeri Sembilan.

Tagging:

#CIMB #CIMBCDM #CIMBCoinsDepositMachine
#CDM #CoinsDepositMachine #DepositMachine
#WismaKoponas #Brickfield #KL #KualaLumpur
#ServisTukarSyiling #TukarSyiling #Syiling

#CoinsChanger #Coins

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails