Nuffnang

Friday, August 2, 2019

Sekilas CELCOM CANCO, PJ...

Coming

Cara paling mudah and murah adalah dengan LRT. Naik Kelana Jaya Line, stop station Taman Jaya. 5 stations from KL Central, 10 minit journey. Tiket normal sehala RM2.50. Touch & Go sehala RM2.20. Then dah sampai, dongak cari bangunan CANCO tu, jalanlah kaki dalam 10 - 15 minit. Ikut stamina sendiri. Masa pergi, jalan menurun. Masa balik, jalan menaik. Kalau berborak sambil jalan, boleh mengahlah. Celcom ade sediakan shuttle van 2 biji tapi khas untuk staff jelah. Takpe, kite exercise je. Sejak ulang alik Sepang - PJ ni...around 3 minggu keje sini, terturun 2.5 kg jugaklah.


View dari LRT Taman Jaya...


Level G

Dari pintu masuk lobby, menghala ke kanan...ade few VM untuk Celcom's bill payment. Naik tangga sket...ade MyNews.com, western (lupa nama) and Hot & Roll. Ada meja makan santai2 boleh tengok luar. Discussion with outsider selalu buat kat sini. 9 am pun penuh. Makanan luar yang murah2 tak jumpe lagi. Pernah follow orang tapi jauh yakmat. Lupakan jelah nak jalan panas2 tengahari tu. 

Sebelah kiri lobby ade ATM CIMB and Maybank. Lepas register, akan dapat pass. Lif sebelah kanan pergi Level G - 20. Lif sebelah kiri, dari Level 20 - 31. Scan in and terus tekan nombor level, nanti dia tunjuk lif huruf mana (A - F) akan bawa naik. So takde isu selit2 tepi pintu lif ye. Ohhh...dalam lif takde button level tau, hanya ada button buka tutup pintu je. Dia turun ke naik ke, ko stay silent je. Yakin sampai tempat tujuan!


Induction week pass...


Level P1, P3 - P5

Closed.


Level P2

Ade surau laki pompuan and gym. Tak pernah merayau sini lagi. Orang Celcom solat Jumaat kat surau P2 tulah. So, no excuse ye! Company dah mudahkan urusan ibadat staff.


Level P6

Whole level adalah Cafe...ade few sections: indoor calm, indoor havoc, outdoor roofted and outdoor skyroof. Masih mencari tune. Ade western, 2 mamak, chinese style, air, roti bakar, buah and juice, mee kari, nasi berlauk, sup2 and VM Costa Coffee with assistant. Harga acceptable lagi tapi tulah limited choices. Tak sedap sangat pon. Makanannye tak menepati selera. So kalau berkesempatan masak, memang bawa bekal je. Oh ade surau laki pompuan and kedai Koperasi Celcom.


Level 14

The whole level is dedicated to training center. Training rooms dia cantik sangat! Colourful, moden, luas and bersih. Ade gelongsor kat tengah2 lobby. Naik tangga ke Level 15 and masuk lubang gelongsor. Menyusurlah ke Level 14. Bukan laki je teruja. Mak2 orang ni pon boleh lupa daratan jap! Ade bangku bentuk alphabet CELCOM. Ade pantry and sitting area. Wow...aku dah mula sukalah tempat keje baru ni!


Gelongsor ni taklah curam sangat. Pakai jeans pun boleh...
Buntut seluar dijamin tak koyak...
Kalau berisi, laju je turun tu...

Salah satu training room...konsep gerabak keretapi... 

Celcom's alphabet yang boleh duduk...


Tempat makan semasa training...


Level 20

Cubicle bebas, means bebas duduk mana2 cubicle kosong. Kalau nasib tak baik, terpaksa duduk on 1 cubicle yang corong aircon dia betul2 tala tepat tas pala. Meleleh hingus and kerap nak kencinglah kalau duk situ. Pakaian smart casual, tiada specific colour on certain day. Pernah 1 hari tu termasuk dekat2 10 am sebab ke CIMB Wisma Koponas, Brickfield. Penuh semua cubicle! So bawa dirilah ke wing bertentangan, area Pn Rohani. Bising sketlah team hujung tu.

Hujung lain ade mother's room and surau. Mampulah mengalakkan aku pam 3 kali sehari: 10 am, 1 pm and 4 pm. Ade peti ais, 4 privacy rooms, sinki. Yang penting, aircon tak kuat sangat. Surau pon luas. Ku tryla solat awal waktu...range 1.45 pm dan 4.45 pm.

Toilet ok tak busuk sangat but just gelap sket kot. Mungkin lampu dia samar2 or sebab jubin hitam. Lagi satu, macam tak suai nak membuang air besar. Sebabnya bunyi sedebuk tu jatuh macam kuat sangat je. Segan nok.

Pantry dedua wing ade, lengkap dengan microwave, peti ais, kulinari, pinggan mangkuk semua. Paling best dorang sediakan serbuk kopi, teh, Nescafe and gula. Bolehlah buat air panas cicah biskut. Tapi ku perasan, dorang ni tak reti take advantage langsung! Macam aku sorang je yang selalu bancuh. Kadang2 de makanan free macam nasi lemak, kuih seri muka terhidang tepi microwave. Dorang offer tapi seganlah nak amik. Sedar diri kite vendor je kat situ...=D

Tepi2 dinding ade locker (untuk staff Celcom je), cabinet2 wayar and file corporate. Bilik meeting banyak and luas. Boleh direct booking dekat Smart TV yang dilekatkan tepi pintu. Tengah2 wing, ade ruang menunggu and santai2.

Kesimpulannya, bangunan baru...cantik and kemaslah lagi. Cubicle memang tak boleh tampal notes ape pon. Suci je. Barang personal semua simpan dalam locker. Meaning...lepas semua dah balik, memang clearlah cubicle semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails