Nuffnang

Sunday, May 16, 2010

Pantang Larang Semasa Mengandung...

Erm...lamanye tak update...sejak tukar keje baru ni kat Cyberjaya...nak surf wat keje2 tak berfaedah yang biasa buat dulu semua tak sempat dah...macam...download latest songs, kumpul resepi, baca email Yahoo and Gmail, baca gosip, chatting, Friendster...erm...paling kuat pun dapat main online puzzle game jela...tu pun nasib baik company tak block...tak surela if sok2 lusa kan...harap janganla...tu jela entertainment paling mujarab nak elak kebosanan and mengantuk...if tak de kejela...

Jumaat lepas, genapla aku 23 weeks...dengan perut yang semakin bulat ni...hari2 rasa nak menyeksi and menggatal jek...tapi sejak adik ipar duk sama awal bulan ni...keseksian and kegatalan tu terpaksala di'limit'kan...kang ternganga, tergamam, meluat pulak budak tu nengok...maunye dia report mak mertuaku nanti...erm...rosak reputasi...kerajinan lak kene increase...yela...sekarang tiap2 malam kene masak...at least 2 lauk ke...kadang2 terpikir...budak tu macam spy jek...mesti mak call hari2 tanya aku bagi makan pe...huhuhu...cabaran betul...tapi tiap Selasa and Khamis off masak...sebab de pasar malam...hehehe...


Sejak masuk 2nd trimester ni, rasa bertenaga sketla nak jalan2...weekend jek mesti merayau mana2 shopping complex...masuk Giant pun jadilah...dulu rasa lemah, lembik, lemau jek...cepat mengah, pening, mengada-ngada and suka tidur...memang sakit hati jek tengok diri sendiri camtu...sian my hubby terpaksa sabar...sekarang baby pun makin aktif...suka jek debik2 mama dia...rasa senak sket tapi takla sakit...kerap jugak dia wat perangai macam tu...besanye start lepas lunch...5-6 petang dia tidur jap...then lepas maghrib sambung lagi...entah apa baby mel mama ni buat yek...menari ke sayang...?


Saje busan2 depan tv ni, mama Sarah nak listkan sket some pantang larang semasa mengandung...terpulanglah nak percaya ke tak...
  1. Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati dan bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.
  2. Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
  3. Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan mengusik.
  4. Menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya kerana dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
  5. Dilarang melihat gerhana bulan atau matahari kerana dikhuatiri anak akan cacat atau berkulit gelap.
  6. Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  7. Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh.
  8. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  9. Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak akan botak kepalanya.
  10. Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau tidak cukup bulan.
  11. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak akan menjadi besar.
  12. Ditegah membelitkan tuala di leher selepas mandi kerana dikhuatiri tali pusat akan terlilit pada leher bayi.
  13. Air dari hujung rambut selepas mandi, jika dikecap dikatakan akan memudahkan bayi keluar melalui rahim.
  14. Ditegah memakai kain sarung dari bahagian atas kepala kerana dikhuatiri kedudukan bayi akan songsang.
  15. Elakkan daripada menyediakan kelengkapan bayi berwarna kuning atau merah kerana dua warna ini dipercayai akan memberi kesan tidak baik kepada bayi seperti terkena sakit kuning atau terlalu aktif kerana merah melambangkan keazaman yang membara.
  16. Jika mengupas mangga, hendaklah dimulakan dari bahagian tangkai supaya bayi tidak lahir songsang.
  17. Jika membuka plastik yang bersimpul, buka dengan perlahan dan tidak mengoyakkannya secara kasar bertujuan mengelakkan bayi lahir secara pembedahan.
  18. Ditegah menjahit pada waktu malam bagi mengelakkan rabun.
Untuk para hubby pun ada pantang larang...antaranya...
  1. Dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak akan sentiasa menangis.
  2. Dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak lahir cacat anggota badannya.
  3. Dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak akan cacat atau kenan binatang tersebut.

Saturday, May 15, 2010

Mengidam Mee Rebus...

Start last week dah mulut ni asyik mengecap2 teringin makan mee rebus kat Kampung Baru...dulu masa kecik selalu ayah bawak...pasembur dia pun sedap...dah kawen ni, pernah gak bawak G p sana makan2...lama tak p dah...memandangkan weekend ni free...leh la lunch sana...

Pagi2 wat breakfast cucur udang geragau...tersangatlah halus udangnya...beli kat pasar tani Selasa lepas...sementara tunggu G basuh and polish Afu (untuk event dia soknya)...aku basuh baju and sempat main online games jap...hehehe...Ayen, adik ipar tu takde...so leh lah breakfast lewat2 sket...

Kedai tu senang jek nak cari...kat Jalan Raja Uda, Kampung Baru...specificnye kat belakang Petronas Kampung Baru and bangunan Perkeso...kedainya warna kuning termasuk kerusi dia...buka tiap Isnin hingga Sabtu 8am hingga 8pm...Ahad tutup...menu agak limited dengan rasa yang boleh tahan sedaplah...service pun cepat jek...senang cite tengok map ni...


Dah selesai pulun mee rebus, pasembur and nasi goreng ayam...hahaha...jangan terkejut...memang 3 orang makan punye (baby pun nakla merasa gak)...kiteorang rayau2 kat The Mines lak...target nak cari sandal...sandal lama tu sadisla nengok...dia elok jek tapi...tengokla rupenye...biji2 merah hitam tu sume hilang2...malu jek bawak p office hari2 (sibbek seluar labuh)...hehehe...tapi memang best and selesa gile sandal ni...


* Old sandal...beli kat Mines gak ni...

Disebabkan kecerewatan aku yang kadang2 keterlaluan, susahlah nak jumpa sandal yang best...takmo yang colour cam taiklah, cam sandal orang tualah, keraslah, beratlah...bile dah berkenan tu...selalunye takde saiz lak....almaklumlah kaki ni size 9 or 10...huhuhu...ni yang selalu benci bile beli sandal...malu jek nak tanya sales girl tu saiz paling besar ade tak...G lak mesti gelak2...nak beli sandal berjenama sket jangan haraplah...macam Nose, Bata ke...sure2 takde size punye...percayalah...sandal murah standard pasar malam tu jela yang leh harap...yang tak pernah dengar brandnye...


* New sandal...nampak tak size 9...?
Related Posts with Thumbnails