Nuffnang

Friday, September 30, 2016

15 Pantang larang ketika haid...

pantang larang haid period menstruasi darah datang bulan



1. Jangan picit jerawat
- Biasanya satu jerawat besar akan muncul di mana -  mana bahagian muka, selalunya di dahi atau di pipi. Ia mungkin juga muncul di kawasan yang tak dijangka seperti kulit kepala, belakang badan, celah pelipat, ect. Jangan disentuh dan dipicit - picit dengan menggunakan jari. Dikhuatiri jerawat akan terkena infection, menjadi semakin besar dan bernanah. Jika jerawat kecil dan tidak berair, biarkan sahaja. Ia akan hilang dengan sendirinya. Jika jerawat besar dari biasa, boleh disapu tea tree cream ataupun tepekkan je bedak sejuk sebelum tidur.

2. Jangan mandi air sejuk
- Semasa haid, badan dalam keadaan lemah dan lesu. Mandi menggunakan air sejuk akan menyebabkan tubuh badan terkejut dan kapilari darah mengecut. Sebaiknya, mandilah mengunakan air suam. Tadahlah air hangat dari shower ke dalam baldi atau besen. Mula mandi dengan membersihkan kawasan intim dahulu. Seterusnya, jirus bahagian kaki, perut, dada, bahu, tangan dan akhirnya muka. Sabun seperti biasa.

3. Jangan basuh rambut
- Jangan dibasahkan atau dishampoo rambut, dari hari pertama hingga hari keempat haid. Jika terpaksa, gunalah air suam. Ini untuk melancarkan darah dan mengelakkan terjadinya keputihan. Kesan membasahkan rambut dalam hari larangan ini boleh menyebabkan darah kotor berhenti mengalir sebelum waktunya. Sekiranya kedatangan haid tetap atau dapat dijangka setiap bulan, shampoolah rambut satu atau dua hari sebelumnya.

4. Jangan lama2 dalam tandas
- Jangan berlama - lamaan di dalam tandas kerana rumah syaitan adalah tandas and makanan mereka adalah darah kotor. Tak sanggup nak bayang apa yang mungkin terjadi seterusnya.

5. Jangan makan makanan hanyir
- Makanan hanyir seperti udang, sotong, ikan masin, kerang, ect sebaiknya dikurangkan untuk mengelakkan darah haid berbau kuat dan hanyir. Makanan bersumberkan protein sangat digalakkan seperti telur, kekacang, tempe, tahu, daging, ayam, sayuran, ect.

6. Jangan minum minuman bergas dan berais
- Minuman bergas tiada faedahnya. Air bergas samada dalam tin atau botol hanya mengandungi gula dan gas yang tinggi. Perut akan terasa sebu, berangin, kembung dan tidak selesa. Sebaiknya, minumlah air suam atau panas. Ketika haid, tubuh badan sedang kehilangan air yang banyak, dalam bentuk darah dan gantilah ia dengan minuman yang berkhasiat. Jika teringin minum jus, buatlah suam - suam atau makan terus buahnya.

7. Jangan minum minuman berkafein
- Contohnya seperti teh, kopi, nescafe, ect. Minuman berkafein ini dikhuatiri akan memburukkan lagi ketidakseimbangan hormon yang sedang terjadi. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung dan tidak selesa.

8. Dilarang berjimak / bersetubuh
- Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 222 melarang suami menjimak isterinya ketika haid kerana perbuatan itu boleh mendatangkan penyakit bagi kedua belah pihak. Percampuran antara kawasan pusat hingga lutut, di antara lelaki dan perempuan adalah ditegah tetapi 'bermain' di kawasan lain adalah dibolehkan.

9. Dilarang berpuasa
- Tidak sah puasa bagi orang yang sedang dalam haid. Walau bagaimanapun, puasa bulan Ramadan wajib diqada' atau digantikan.

10. Dilarang mendirikan solat
- Solat orang yang sedang haid adalah tidak sah and solat itu tidak wajib diqada' atau digantikan.

11. Dilarang menyentuh dan membaca Al-Quran
- Kitab suci Al-Quran ni perlulah dijaga dan dihormati sebaiknya. Mintalah bantuan orang lain (yang suci dari haid) jika perlu dialihkan ke tempat lain. Tetapi sekiranya keadaan memaksa dan tiada sesiapa yang boleh menolong, lapiklah tangan dengan kain dan jangan bersentuhan kulit dengan Al-Quran itu.

12. Dilarang memasuki surau / masjid / ruang beribadat
- Memasuki kawasan surau atau masjid dibolehkan (tempat letak kereta, tandas, ect) tetapi memasuki surau atau masjid adalah dilarang. Dikhuatiri akan mengotori ruang beribadat tersebut.

13. Tidak digalakkan menziarahi kubur
- Ada beberapa pendapat berkaitan perempuan haid menziarahi kubur. Tetapi jika boleh, ia tidak digalakkan melainkan sewaktu pengebumian ahli keluarga terdekat.

14. Dilarang tawaf ketika mengerjakan haji / umrah
- Ibadah - ibadah haji atau umrah yang lain boleh dilakukan kecuali tawaf Kaabah.

15. Jangan berendam di dalam kolam / sungai / laut
- Demi kebersihan semua pihak, perempuan berhaid dilarang mandi berendam di dalam mana - mana kawasan berair. Darah yang masih mengalir akan mencemari air tersebut dan menganggu ekosistem semulajadi.


Remarks
  1. Jangan maksudnya optional...pilihan di tangan anda...buat boleh...tak buat lagi bagus...
  2. Dilarang maksudnya ditegah sekeras - kerasnya...tak boleh buat langsung...
  3. Sebaiknya ikut sahaja panduan agama masing - masing...yang baik itu pastinya ada sebab dan hikmahnya...
  4. List di atas adalah hasil personal research Sarah je. Boleh digunakan sebagai ingatan, panduan dan ikutan untuk semua perempuan. Semoga bermanfaat.


References
1. Pantang ketika haid dan penjagaan ketika haid
http://izzasbeautyhealth.blogspot.my/2015/08/pantang-ketika-haid-penjagaan-ketika.html/

2. Pantang larang ketika haid dan nifas
http://panduanpercuma.info/info/4095/pantang-larang-ketika-haid-dan-nifas/

3. Bolehkah wanita haid pergi ziarah kubur?
https://konsultasisyariah.com/1741-bolehkah-wanita-haid-pergi-ziarah-kubur.html
Related Posts with Thumbnails