Nuffnang

Thursday, July 25, 2019

CIMB Coins Deposit Machine...

Pagi ni kite masuk office Celcom CANCO lambat sket. Kalau dorang tanya, kite jujur jelah cakap ke bank yang buka 9.15 am. Ala...dengan WIFI request tak approve2 lagi, ape je boleh buat. Dah 11 hari melangu main phone. Habis melambung mobile data...

Nak menabung ni sket je...RM100...tapi dia punya berat...fuh, sakit bahu worrr...mengendong sekali dengan lappy yang memang dah berat tu. Bawa 2 jenis syiling je...RM50 (500 pc x 10 sen) and RM50 (250 pc x 20 sen). 9 am dah terpacak depan CIMB Wisma Koponas kat Jalan Brickfield tu. Seberang jalan dengan NU Sentral. Pintu buka je, orang lain semua berebut, beratur amik nombor...kite lak terus meluru ke mesin syiling. Nasib baik mesin tak penuh lagi. Kot tak, nangis jugak nak usung berat2 tu sana sini. 



Summary: 
Deposit: RM100
Accepted: RM98.35
Balance: RM1.40
Missing: 25sen

Missing tu kite assume as Service Charge jelah. Tapi, kot ye pun mention jelah dalam resit tu kan? Ni dah macam hidden cost pulak. Macam mencuri dalam diam ni! Kalau tengok balik resit tu...under column Denomination, contoh 10 sen ada 2 row: ada star and takde star kat hujung. Maybe nak differentiate old and new coins kot. Tak pasti mana satu. And point no 2 kat Remarks bawah tu dah mention...syiling ni adalah offline transaction and akan hanya diupdate dalam account 2 hari kemudian. So resit ni kene simpan sampai terbukti duit masuk ye. Papehal boleh contact branch itu sahaja. 


Solution:

Kepada sesiapa yang ada banyak koleksi syiling...yang tiada masa nak ke bank, bolehlah roger kami untuk tukarkan duit syiling tu. Proses tak lama pon, dalam 24 hours kami tukar and transfer online. WhatsApp COINS ke nombor ini > 0129127389 (Sarah) / 0127250334 (Radzi) untuk pickup. Kami cover area KL, Selangor dan Negeri Sembilan.

Tagging:

#CIMB #CIMBCDM #CIMBCoinsDepositMachine
#CDM #CoinsDepositMachine #DepositMachine
#WismaKoponas #Brickfield #KL #KualaLumpur
#ServisTukarSyiling #TukarSyiling #Syiling

#CoinsChanger #Coins

Sunday, July 21, 2019

Family day jogging...

Pagi tadi kiteorang having so much fun...8.30am keluar rumah...8.45 sampai Stadium Mini Sepang...setup stroller, tukar kasut bagai...start walking around 9am kot. Dapatlah 5, 6 round. Round terakhir tu Reez kemain lagi. Sakan lari kejar 2 ekor burung Merpati putih hitam.

Lari atas rumput pulak sebab asyik jatuh je...

Panjang laluan berpasir ni...

Lari non stop...

Merpati nak terbang dah...

Around 10.30am kot, breakfast kat Foodcourt Seroja. Makan roti canai, mihun and maggi goreng, kuih sket. Then, singgah kedai Acheh beli bahan lunch. 11.30am kot baru sampai rumah. Mandi and tidokan Reez sementara G pi dobi. 2pm baru boleh masak lunch...asam laksa and nasi putih ayam popcorn...and rendang ayam semalam.


Friday, July 19, 2019

Rezeki tak terpijak...

2.30pm: 

Jumaat petang biasanya orang akan santai2...malas2. So I decided nak ke office HQ untuk setup email Lotus Notes. Nanti2 dah ada keje...dah busy, takde masa pulak kan nak settle bende2 remeh ni...

Around 2pm+ dah siap pack bag, teringin pulak kunyah buah asam2 kat level P6 tu. Keluar je dari lift...eh...eh...sape punye ni...? Pandang keliling dulu tengok kot2 ada yang terkial2 cari duit. But...none. So I pun pickuplah. RM40 wei...atas lantai semen...depan pintu masuk cafe...depan stall buah...tapi dorang tak perasan walaupun clear takde cust masa tu. Nak jadi cerita...memang duit tu eagerly waiting for me to pickup...

Yer...memang tengah2 bulan ni adalah rasa sesak sket...lagi2 lepas Raya...and duit Credit Card yang patutnya buat bayar ERL Monthly Pass RM495 dah jadi advance payment untuk holiday kat Gambang RM505 next month. So...nak tak nak kenelah bertahan, korek apa ada je...tak nak usik saving! Tak pasti lagi ke mana hala tuju duit ni...erm...


Update 6pm:

Email Lotus Notes tak berjaya configure...sebabnya DB corrupted. Punca tak pasti...tapi rasanya sebab selalu full kot. Kene tunggu someone fix backend. Hadoi...dah lah sebelum tu kene tunggu 30 minit lepas reset password...sebab password lama tu system kata wrong password, tak match. Erm...makanya Isnin lepas lunch kene datang lagi. Tengoklah kalau rajin...

Thursday, July 18, 2019

Compact notes Matematic Year 1...

Harini hari ke-4 di Level 20, Menara Celcom, PJ, Selangor. Dari pagi sampai tengahari, aku melangu tanpa wifi, tanpa apa2 briefing. Boring nak mampus! So...takkan nak on hotspot habiskan data phone bukak bukan2 kat lappy kan? Makanya, kite carilah keje offline...

Plannya harini nak siapkan compact notes Reena...Matematik Tahun 1 Jilid 1. Ada 2 tajuk je...Kenali nombor 0 - 100 dan Tambah tolak. Macam biasa kene abaikan mata2 yang melirik jeling2 pelik. Kene cekal sket sebab cubicle aku dekat dengan pintu keluar ke toilet and lift. So, ramailah lalu lalang kat situ. Ade sorang laki ni tegur..."Eh...ape ni? Buat homework pulak..". Aku sengih je tanpa explain apa2...

Around 3pm+, Kina tolong createkan ID Celcom. Bende ni patutnya 1st day dah settle. Tapi disebabkan Guna (big boss TCS) balik India, so takde sape nak bagi arahan induction week ni buat apa. Ermmm...time nak orang, beria2. Bile dah masuk, hegeh2 pulak. Pastu expect kite catch up macam expert. Memang tak lah...

Back to notes...by 4pm, siap 100%. Rasa bangga and happy giler! Completed my task for today. 114 pages compacted to 1 pc A4 paper depan belakang. Leesya pon request nak notes camni jugak. Haihhh...tengoklah kalau sempat, sebelum dorang kutip buku pinjaman ni on Nov. Focus siapkan notes Reena dulu. Sebabnya, nak tunggu Reez lambat sangat lagi 6 tahun. Tah2 silibus pun dah tukar nanti...

Wednesday, July 17, 2019

Compact notes Science Year 1...

Hari ketiga di CANCO (Celcom Axiata New Corporate Office). Rasanya selagi Guna tak balik Malaysia, selagi tulah dorang ni tak boleh decide aku and Kamal join team mana. Aduh, cukuplah kalau ko bagi wifi access ke Celcom ID ke dulu. At least, bolehlah buat IEvolve training ke. Ecececeh...baik sangat...

Semalam dah idle 1 hari tak online...takde buat pape. Fuh...tak boleh tahan macam ni. So, harini kite buat compact notes untuk Reena...Science Year 1. Ade 10 tajuk semuanya. Orang lain busy ketik2 lappy, kite buat nota budak2. Hahaha...lantaklah! Abaikan dorang...

By 4pm, hanya 70% completed. Bolehlah tu dari takde pape. Banyak kali stop sebab ke Mother's Room and toilet. Lagi 1 sebab ramai yang perati pandang pelik2. Nak tulis sorok2 pun, cubicle kite dekat walkway ke pintu hala ke toilet and lift. So, dah petang2 tu, lali dah dengan pandangan orang.

Related Posts with Thumbnails