Nuffnang

Tuesday, August 20, 2019

CIMB Coins Deposit Machine...2nd time...

Ini kali kedua kita menabung syiling kat CIMB Coins Deposit Machine (CDM) bulan ni. Kali pertama tu Rabu last week (14/08) dekat CIMB CDM Kuantan, Pahang. Mesin dia bersih and smooth je. Kita orang terakhir deposit sebelum CDM tu penuh. Masa tu ada baki RM150 syiling lagi. Nak buat macam mana, CDM tu dah 'kenyang' pulak...

Ahad lepas (18/08) kami sekeluarga pi pickup syiling kat Persint 9, Putrajaya. Cust ni adalah cust dari FB Page: Servis Tukar Syiling. Dah 2 minggu berurusan. 2 kali plan untuk pickup tapi masing2 tak available sebab cuti Raya Haji dan vacation...

Cust ni setuju untuk tukar half dulu sebab nak guna duit sangat. Another half akan ditukar hujung bulan nanti. Walaupun half, totalnya RM297.90 dengan 730 keping syiling. Seronok tau tengok syiling banyak2 ni. Mr SweetHeart memang tak terkatalah layan hobby kumpul dan kira syiling bini kesayangan dia. Hahaha...

Untuk pengetahuan, syiling tak elok ye simpan lama2 kat rumah. Takut toyol jumpa and jadikan rumah kita tempat permainan pulak. Dia akan kutip sket then bagitau tuan dia. Tak lama nanti, rumah kene pecah masuk. So untuk elakkan benda2 ni, tugas Mr SweetHeart pulak untuk cash-in coins ni ke Coins Deposit Machine...


Syarat2 untuk deposit syiling:

  1. Asingkan duit baru dan lama.
  2. Asingkan ikut nilai syiling.
  3. Kumpulkan RM50 / RM100 seplastik.
  4. Masukkan plastik2 dalam 1 tupperware / bekas besar.
  5. Datang awal sebelum 10 am sebab CDM cepat penuh.
  6. Datang hanya pada hari Isn - Rabu. Kha - Jum mungkin CDM dah penuh.
  7. Datang pada waktu banking hours: 9.15 am - 4.30 pm sebab CDM terletak kat dalam.
  8. Tak perlu amik nombor pun.
  9. CDM not available during weekend.

Around 10 am tadi, Mr SweetHeart WhatsApp kata dah cash-in coins. Lega...! Bolehlah open untuk next appointment tukar syiling. Jom kita kira jap...


Total = RM338 (RM142.50 + RM195.50)


Accepted coins:

 5 cent x 4 = RM0.20
10 cent x 969 = RM96.90
20 cent x 247 = RM49.40
50 cent x 383 = RM191.50
Total = RM338 (1,603 pieces)


Rejected coins:

10 cent x 24 = RM2.40 
20 cent x 3 = RM0.60 
50 cent x 13 = RM6.50
Total = RM9.50 (40 pieces)

Total coins = RM350
Total Accepted + Rejected = RM347.50
Total Missing = RM2.50

Missing coins ni takkan ditulis dalam resit. Sebab tu kita kene kira dan asingkan syiling dulu. Senang nak check duit apa dan berapa keping yang hilang. Tak pasti samada syiling tu tersekat dalam CDM atau hidden cost yang diambil sebagai Service Charge. Kalau tanya orang kat counter pon mesti tak layan.


Solution:

Kepada sesiapa yang ada banyak koleksi syiling...yang tiada masa nak ke bank, bolehlah roger kami untuk tukarkan duit syiling tu. Proses tak lama pon, dalam 24 hours kami tukar dan transfer online. WhatsApp COINS ke nombor ini > 0129127389 (Sarah) / 0127250334 (Radzi) untuk pickup. Kami cover area KL, Selangor dan Negeri Sembilan.


Tagging:

#CIMB #CIMBCDM #CIMBCoinsDepositMachine
#CDM #CoinsDepositMachine #DepositMachine
#WismaKoponas #Brickfield #KL #KualaLumpur
#ServisTukarSyiling #TukarSyiling #Syiling
#CoinsChanger #Coins

Friday, August 16, 2019

Review: Arenaa Batik Boutique Hotel, Kuantan, Pahang

Details...

Hotel: Arenaa Batik Boutique Hotel
Address:
E2324 - E2326, 
Jalan Dato' Wong Ah Jang, 
25100 Kuantan, 
Pahang
Phone: 609 - 5139800
Email: enquiry.batik@arenaahotelsgroup.com
Website: https://www.arenaabatik.com.my/
Rate: 3 stars hotel
Other Outlet:
1. Arenaa Star Luxury Hotel, KL
2. Arenaa Mountbatten Boutique Hotel, KL
3. Arenaa Deluxe Boutique Hotel, Melaka


View depan hotel waktu malam...


Tak perasan pulak lampu colourful ni...dah ngantuk kot...


Accommodation...

1. Check-in Time: 2 pm
2. Check-out Time: 12 pm
3. Min age check-in: 18 years
4. Requirement: IC / Passport / Licence
5. Rooms:
     a. Tatami Room
          - Elegantly modern designed Japanese style Tatami Room room.
          - Queen bed, flat screen TV, Smart TV channels, rain fall shower.
          - Promo rate: RM108
     b. Deluxe Twin
          - Beautifully decorated modern facilities.
          - Twin Bed, flat screen TV, Smart TV channels, rain fall shower.
          - Promo rate: RM138
     c. Family Suite
          - Cater for families with children.
          - Well designed with modern facilities.
          - 1 queen bed and 1 single bed, rainfall shower.
          - Promo rate: RM168
     d. Honeymoon Suite
          - Spacious room.
          - King sized bed. 
          - Romantic and comfortable stay.
          - Flat screen TV, Smart TV channels, rain fall shower.
          - Promo rate: RM208


Tatami Room...


Deluxe Twin...


Family Suite...


Honeymoon Suite...

Facilities...

  1. Wifi
  2. Iron
  3. Hair dryer
  4. Mini fridge
  5. Air conditioner
  6. Water heater
  7. Coffee & tea
  8. Kettle
  9. Safety box
  10. Prayer mat
  11. Parking
  12. Meeting & function room


    My package...

    Date: Aug 2019
    Guest: Family with 3 children
    Room: Deluxe twin
    Duration: 1 night

    Actually kami main terjah je hotel ni selepas 2 hari 1 malam bersuka ria di Bukit Gambang Resort City (BGRC). Hasil survey online, harga hotel ni agak memuaskan untuk 3 stars hotel and gambar bilik yang nampak macam luas and selesa. 7 pm datang, rupanya price over the counter mahal sket dari online. Jauh beza. So Mr SweetHeart lepak lobby, booking dari Trivago dulu and check in macam biasa. 3 budak kecik kepenatan main air, tengah bagus ternganga tido dalam kereta. So bapak dia hantar barang dulu. 


    Kami check-in Deluxe Twin no. 2102 (if not mistaken) on 13/08 and check-out on 14/08. Cuti sekolah seminggu time ni. Bilik di Level 2. Tingkap mengadap belakang so tak dengar sangat bunyi traffic. Ada 2 katil single yang berjauhan. Kami berlima...2 adults and 3 kids. So rapatkan katil ke dinding untuk tido sekali tapi tak muat jugak. Mr SweetHeart terpaksa tido bawah dengan partner yang silih berganti 3 kali. Lantai tu muat 2 orang tido melunjur depan tv. 



    My personal reviews...

    1. Decoration

    - perabut bilik cantik, nampak agak mewah, ada style and citarasa tersendiri.
    - tapi bila ditilik dekat2, kurang dijaga dan nampak kusam.
    - mungkin jarang dilap dan banyak habuk di celah dan sudut yang beropol2.
    - perabut nampak lama, besar dan makan ruang untuk bilik yang kecil.


    2. Space

    - pilihan dan susunan perabut tak sesuai.
    - katil tidak rapat ke dinding.
    - ruang antara katil dan dinding sangat kecil, memang mudah untuk kemas tapi useless untuk guest.
    - certain perabut boleh combine atau remove untuk ruang yang lebih luas.
    - contoh: cabinet tv, meja solek dan meja kopi boleh combine.
    - contoh: meja tepi katil boleh ganti dengan hanging shelf.
    - contoh: stand and bed side lamp boleh ganti dengan wall lamp.


    3. Bedding

    - bantal dan tilam yang empuk dan gebu.
    - baring terus terlena.
    - tak sakit badan.
    - selimut tebal macam hotel mewah.


    4. Lighting

    - kami check-in 7 pm, masuk2 memang dah gelap sket.
    - tak pasti mata yang dah mengantuk atau lampu memang malap.
    - tapi on semua pon tetap malap.
    - tak sesuai untuk membaca atau on lappy.
    - esok paginya pon hujan, malap juga.
    - sebab lampu tak terang, touch up muka ala kadar jelah.


    5. TV

    - duduk 1 malam untuk tido je so tak penting sangat tv tu.
    - channel limited tapi acceptable lagi.
    - budak2 bising jugak tapi kebetulan malam tu TV2 tayang cerita cartoon pet in the garden kot, so layan jelah.
    - siaran oklah clear.


    6. Mini fridge

    - rupanya dalam cabinet tv tu ade mini fridge.
    - tengahari nak checkup tu baru jumpe masa buka2 cabinet check kot2 si kecik ada sorokkan barang.
    - fridge tu kami tak guna pon.


    7. Wifi

    - free wifi.
    - connect guna phone je tapi buka Youtube slow.
    - teringin buka lappy tapi takde mood, dah penat.
    - bilik level 2 so signal tak berapa nak ada.


    8. Toilet

    - pintu kaca tak boleh kunci.
    - boleh see through walaupon blurry kat tengah pintu.
    - untuk small family, anak kecik sesuailah, sesekali boleh pantau.
    - untuk family with teenagers, tak sesuai.
    - untuk friend, tak sesuai.
    - untuk honeymoon couple, sesuai.
    - at least, perlu shower curtain.
    - shower tu part paling best! Macam hujan lebat menderu mencurah2 airnya.
    - air boleh laras sejuk panas.
    - jubin dinding cantik.
    - lantai tak licin tapi bucu jubin masih tajam.


    9. Facility

    - iron and iron board disediakan dalam cupboard.
    - hair dryer pon ade dalam cupboard.
    - sejadah dan penunjuk arah kiblat juga ada.
    - hanger takde but never mind, we always bring 10 pieces everywhere.
    - teh, kopi, gula and creamer pon ade tapi tak sempat bancuh pon.
    - tisu dalam bilik macam takde tapi boleh guna tisu roll dalam toilet.


    10.Parking

    - parking limited tapi masih boleh park sekitar hotel.
    - tepi hotel, seberang jalan ade kedai tayar Dunlop.
    - boleh park situ malam sahaja. Pagi kedai buka, sila alihkan ye. Nanti hilang tayar pulak.
    - jaga2 dengan saman.
    - elakkan parking belakang sebab gelap.


    11. Reception

    reception nampak semak dengan longgokan kertas meninggi.
    - receptionist tak mesra, pandang pon tak...senyum lagilah haram.
    - kaunter ade barang kecik2 macam stapler, kunci, ect.
    - tiada trolly bag...so anak beranak semua, silalah angkat bag sendiri.


    12. Breakfast

    - kene turun awal.
    - kaunter tiada orang jaga so letak je kupon dalam basket.
    - ruang makan kecil tapi masih selesa.
    - pilihan makanan yang sangat limited.
    - ada nasi lemak, roti bakar mentega dan kaya, kuatiaw dan mihun goreng, telur goreng, teh, kopi, air suam dan sejuk, ribena, potongan tembikai.
    - cawan dan gelas sangat2 limited.
    - untuk family, better share and reuse je.
    - sangat lambat if tunggu dorang basuh and lap.
    - makanan dan minuman kerap habis.
    - tunggu dorang topup pun amik masa.
    - kurang staff untuk entertain and kemas meja.
    - kalau hujan, tak boleh makan di luar.
    - pintu kaca tepi tu pon dikuncinya.


    Overall: 6/10

    Remarks:

    1. Info is correct during post published.
    2. Please check the latest promo price.
    3. Experience may differ from others.


    Reference:

    1. https://aryshafayyadh.blogspot.com/2015/08/arenaa-batik-boutique-hotel-cotik2.html 
    2. https://www.arenaabatik.com.my/

    #Review #Hotel #3StarsHotel
    #ArenaaBatikBoutiqueHotel
    #DeluxeTwinRoom
    #Kuantan #Pahang #Malaysia

    Thursday, August 15, 2019

    CIMB Coins Deposit Machine...1st time...

    Actually takdelah 1st time sangat sebab dah pernah deposit kat CIMB CDM sebelum ni. Just that it is first time for this month and first time deposit kat CIMB CDM di Kuantan, Pahang. Syiling memang dah siap asing dan kira. Bekasnya memang dah lama standby dalam kereta. Kalau free ada masa, jumpa any CDM kat mana2, terus cash-in je. Senang. Kalau purposely dedicatedkan hari dan waktu tertentu untuk deposit, confirm banyak masalah...macam CDM tak wujud, CDM rosak, CDM penuh, CDM error, ect...

    CIMB Kuantan ni terletak kat Jalan Bank. Pergi hari Rabu (14/08) around 10 am. Parking penuh so kita masuk sorang dulu intai CDM available ke tak. Tangga masuk bank tinggi betul and banyak steps pulak tu. Yang bertuahnya haritu, CDM functioned well. So Mr SweetHeart usahakan dapat parking and 1 family masuk bank menabung. Bank yang sunyi sepi tu meriah pulak bila kita 'bagi makan' CDM. Tak sempat dia telan semua syiling, burppp...keluar message kata dah kenyang. Ehhh...ada baki RM150 lagi ni. Takpelah...jom tengok apa yang dia 'makan' tadi...


    Sekali telan dekat RM250 jugak...


    Accepted coins:

    20 cent x 998 = RM199.60
    50 cent x 100 = RM50
    Total = RM249.60 (1,098 pieces)


    Rejected coins: null
    Total coins = RM250
    Total Accepted + Rejected = RM249.60
    Total Missing = RM0.40

    Macam biasalah...40 sen tu either hidden cost as Service Charge or memang tersekat dalam mesin. Takkan stated dalam resit ye. Sebab tu pentingnya kita kira syiling dulu sebelum deposit. Untuk tahu 'kerugian' kita.

    Tapikan...best giler wei CDM kat sini! Sekeping pun dia tak reject syiling kita. Tak macam CDM kat Wisma Koponas, Brickfield, KL. Cerewet and memilih. Banyak syiling direjectnya. Kene kutip and masukkan lagi few times. CDM sini smooth je. Senyap pulak tu. Mungkin mesin baru and tak ramai yang guna. Oklah...nak gerak balik KL dah ni...kiteorang ni singgah bercuti je kat Kuantan ni...bye semua syiling2 ku.


    Solution:

    Kepada sesiapa yang ada banyak koleksi syiling...yang tiada masa nak ke bank, bolehlah roger kami untuk tukarkan duit syiling tu. Proses tak lama pon, dalam 24 hours kami tukar and transfer online. WhatsApp COINS ke nombor ini > 0129127389 (Sarah) / 0127250334 (Radzi) untuk pickup. Kami cover area KL, Selangor dan Negeri Sembilan.


    Tagging:

    #CIMB #CIMBCDM #CIMBCoinsDepositMachine
    #CDM #CoinsDepositMachine #DepositMachine
    #Kuantan #Pahang
    #ServisTukarSyiling #TukarSyiling #Syiling
    #CoinsChanger #Coins

    Friday, August 2, 2019

    Sekilas CELCOM CANCO, PJ...

    Coming

    Cara paling mudah and murah adalah dengan LRT. Naik Kelana Jaya Line, stop station Taman Jaya. 5 stations from KL Central, 10 minit journey. Tiket normal sehala RM2.50. Touch & Go sehala RM2.20. Then dah sampai, dongak cari bangunan CANCO tu, jalanlah kaki dalam 10 - 15 minit. Ikut stamina sendiri. Masa pergi, jalan menurun. Masa balik, jalan menaik. Kalau berborak sambil jalan, boleh mengahlah. Celcom ade sediakan shuttle van 2 biji tapi khas untuk staff jelah. Takpe, kite exercise je. Sejak ulang alik Sepang - PJ ni...around 3 minggu keje sini, terturun 2.5 kg jugaklah.


    View dari LRT Taman Jaya...


    Level G

    Dari pintu masuk lobby, menghala ke kanan...ade few VM untuk Celcom's bill payment. Naik tangga sket...ade MyNews.com, western (lupa nama) and Hot & Roll. Ada meja makan santai2 boleh tengok luar. Discussion with outsider selalu buat kat sini. 9 am pun penuh. Makanan luar yang murah2 tak jumpe lagi. Pernah follow orang tapi jauh yakmat. Lupakan jelah nak jalan panas2 tengahari tu. 

    Sebelah kiri lobby ade ATM CIMB and Maybank. Lepas register, akan dapat pass. Lif sebelah kanan pergi Level G - 20. Lif sebelah kiri, dari Level 20 - 31. Scan in and terus tekan nombor level, nanti dia tunjuk lif huruf mana (A - F) akan bawa naik. So takde isu selit2 tepi pintu lif ye. Ohhh...dalam lif takde button level tau, hanya ada button buka tutup pintu je. Dia turun ke naik ke, ko stay silent je. Yakin sampai tempat tujuan!


    Induction week pass...


    Level P1, P3 - P5

    Closed.


    Level P2

    Ade surau laki pompuan and gym. Tak pernah merayau sini lagi. Orang Celcom solat Jumaat kat surau P2 tulah. So, no excuse ye! Company dah mudahkan urusan ibadat staff.


    Level P6

    Whole level adalah Cafe...ade few sections: indoor calm, indoor havoc, outdoor roofted and outdoor skyroof. Masih mencari tune. Ade western, 2 mamak, chinese style, air, roti bakar, buah and juice, mee kari, nasi berlauk, sup2 and VM Costa Coffee with assistant. Harga acceptable lagi tapi tulah limited choices. Tak sedap sangat pon. Makanannye tak menepati selera. So kalau berkesempatan masak, memang bawa bekal je. Oh ade surau laki pompuan and kedai Koperasi Celcom.


    Level 14

    The whole level is dedicated to training center. Training rooms dia cantik sangat! Colourful, moden, luas and bersih. Ade gelongsor kat tengah2 lobby. Naik tangga ke Level 15 and masuk lubang gelongsor. Menyusurlah ke Level 14. Bukan laki je teruja. Mak2 orang ni pon boleh lupa daratan jap! Ade bangku bentuk alphabet CELCOM. Ade pantry and sitting area. Wow...aku dah mula sukalah tempat keje baru ni!


    Gelongsor ni taklah curam sangat. Pakai jeans pun boleh...
    Buntut seluar dijamin tak koyak...
    Kalau berisi, laju je turun tu...

    Salah satu training room...konsep gerabak keretapi... 

    Celcom's alphabet yang boleh duduk...


    Tempat makan semasa training...


    Level 20

    Cubicle bebas, means bebas duduk mana2 cubicle kosong. Kalau nasib tak baik, terpaksa duduk on 1 cubicle yang corong aircon dia betul2 tala tepat tas pala. Meleleh hingus and kerap nak kencinglah kalau duk situ. Pakaian smart casual, tiada specific colour on certain day. Pernah 1 hari tu termasuk dekat2 10 am sebab ke CIMB Wisma Koponas, Brickfield. Penuh semua cubicle! So bawa dirilah ke wing bertentangan, area Pn Rohani. Bising sketlah team hujung tu.

    Hujung lain ade mother's room and surau. Mampulah mengalakkan aku pam 3 kali sehari: 10 am, 1 pm and 4 pm. Ade peti ais, 4 privacy rooms, sinki. Yang penting, aircon tak kuat sangat. Surau pon luas. Ku tryla solat awal waktu...range 1.45 pm dan 4.45 pm.

    Toilet ok tak busuk sangat but just gelap sket kot. Mungkin lampu dia samar2 or sebab jubin hitam. Lagi satu, macam tak suai nak membuang air besar. Sebabnya bunyi sedebuk tu jatuh macam kuat sangat je. Segan nok.

    Pantry dedua wing ade, lengkap dengan microwave, peti ais, kulinari, pinggan mangkuk semua. Paling best dorang sediakan serbuk kopi, teh, Nescafe and gula. Bolehlah buat air panas cicah biskut. Tapi ku perasan, dorang ni tak reti take advantage langsung! Macam aku sorang je yang selalu bancuh. Kadang2 de makanan free macam nasi lemak, kuih seri muka terhidang tepi microwave. Dorang offer tapi seganlah nak amik. Sedar diri kite vendor je kat situ...=D

    Tepi2 dinding ade locker (untuk staff Celcom je), cabinet2 wayar and file corporate. Bilik meeting banyak and luas. Boleh direct booking dekat Smart TV yang dilekatkan tepi pintu. Tengah2 wing, ade ruang menunggu and santai2.

    Kesimpulannya, bangunan baru...cantik and kemaslah lagi. Cubicle memang tak boleh tampal notes ape pon. Suci je. Barang personal semua simpan dalam locker. Meaning...lepas semua dah balik, memang clearlah cubicle semua.
    Related Posts with Thumbnails