Nuffnang

Thursday, March 16, 2023

Diuji berurusan dengan mak giler (Part 1)

Aku ni sejenis yang tak suka bersosial sangat, baik berdepan atau di alam maya. Memang kurang berminat nak scroll WA group. Sebagai mak, ko memang akan dipaksa join WA group class anak. Biasanya aku yang terjerit2 suruh budak2 ni baca and ambil tau benda2 penting dalam tu and report back to me. Sejenis sakit jiwa and mata bila nampak notification unread message tu naik beratus2. Entah apa yang korang sembang beriya bagai dalam tu…

So…Selasa lalu, 14/03…Qaleesya ada inform yang mak MQD ni pungpang2 dalam WA class mencari aku. Katanya aku dah tersalah ambil PBD anak dia dan PBD Qaleesya ada dengan dia. Ye, nama anak kami hampir sama. Sebagai mak yang bekerja online kat rumah sambil membasuh baju, memasak dan menjerit2 marah 3 anak yang asyik bergaduh kat hall tu…ku suruh Qaleesya cari dan check balik PBD yang bapak dia kutip kat sekolah minggu lepas. Dannn…ternyata betul! Memang kertas anak dia yang dikutip ni! Aduhhh..yang menambah parah lagi adalah…dah siap bertandatangan kat muka surat akhir tu…huhuhu…damnnn…

Actually…kronologi kes tu camni…


06/03 (Mon):

  • 1206: Ustazah (guru kelas) inform dalam WA group yang PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) and UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) boleh diambil di pejabat sekolah antara 06-10/03 pada waktu pejabat sahaja.

  • 1422: Mak MQD reply paham and noted info tu dalam WA group class.

  • 1533: Qaleesya forward message tu ke bapaknya dan G reply akan try ambil esok.


07/03 (Tue):

  • 1800: G tunjuk PBD tu ke Qaleesya sambil bising2 pasal results tak berapa cantik. Qaleesya dengar tapi tak tengok langsung paper tu.


14/03 (Tue):

  • 1154: Mak MQD umum dalam WA group minta mak Mia Qaleesya ni PM dia. Katanya masa ke pejabat sekolah, PBD anaknya tiada dan syak ada di sini sebab PBD Qaleesya ada di sana.

  • 1306: Mak MQD ni bising lagi mohon aku respon.

  • 1931: Ku WA dia. Kenalkan diri and bagitau G yang ambil di sekolah.

  • 1942: Dia tanya nak settle macam mana sebab PBD Qaleesya ada dengan dia. Tanya jugak duduk mana.

  • 1947: Ku reply nama taman [Masa ni ingatkan dia nak datang pickup. Maklumlah, dia yang beriya sangat kan…meh lah ambil sini…]

  • 1949: Dia tanya bila free nak hantar PBD anak dia dan bagitau office dia di mana. [Ehhh…aku dah start panas hati. Dah kenapa pulak aku yang kena hantar? Ko sape pepandai mengarah ni? Sape yang beriya sebenarnya ni?]

  • 2044: Ku reply bagitau G dah tersign paper last and tanya status PBD Qaleesya pula. [Finelah…benda dah jadi. Mengaku jelah celah mana defects tu semua. 1st, staff office yang tersalah bagi…2nd, G tak check tapi terus sign PBD tu…and 3rd, dia sign lagi akuan penerimaan tu.]

  • 2048: Dia kata PBD Qaleesya tu tak bersign lagi. Dah inform Ustazah minta print baru PBD anak dia. Nanti Ustazah kata dah ready, akan pickup di sekolah dan hantar sekali PBD Qaleesya tu kat sana. [Ehhh…jap…aku menyirap lagi! Tadi ko tanya mana aku tinggal, bagitau alamat office ko bagai alih2 sekarang ko suruh aku pickup kat sekolah pulak? Again?] 

  • 2054: Ku reply minta jumpa, tukar sendiri2 je kat office dia esok and suggest PBD yang baru nak print tu, nanti2 jelah dia ambil sendiri [Dia senyap. Ku assume dia setuju and akan update free time esoknya].


15/03 (Wed):

  • 0859: Ku tanya nak jumpa pukul berapa? [12 jam dah berlalu tanpa sebarang reply. Aku start panas hati lagi…rasa dia sengaja ignore. Wah…wah…wah…sombong kekwat nak mampus ko yer!]

  • 0922: Ku bagitau lagi 11am onwards ku tak available, ada meeting. [Masa ni, ku try lagi push harder and selit some urgency kat situ. Tapi dia boleh buat bodoh katak! Ahhh…bongok ahhh! Between 8-10am tu, aku and G ke 3 sekolah untuk urusan yuran dan beli buku. So…memang lalu je depan office dia tu. And memang betul pon aku ade meeting 1pm and 2pm selain beberapa adhoc short call. Ko dah kenapa nak sentap2 buat bodoh ni?]


Sehingga ke harini 16/03 (Thu) 3am, sepatah haram dia tak reply wei! Bila aku baca balik previous conversation tu, takde pon ayat or word yang mungkin menguris hati or berbunyi kasar. Ehhh…serius tak pahamlah orang macam ni. Ko dah kenapa? 


Bila scroll balik conversation dalam WA group class tu, aku mula nampak perangai mak MQD ni macam mana. Orangnya macam sejenis suka diperlihatkan. Dia nak orang notice kehadiran dia. Bila2 Ustazah buat announcement, sengaja dia reply paham and noted. Then sengaja tanya ‘soalan bodoh’ berkali2. Sejenis sangat mudah memberi pendapat (yang tak perlu) dan sangat free untuk reply bila2 masa. Haaa…orang2 macam nilah yang memanjangkan cerita dalam WA group class tu…


G tanya jadi ke nak jumpa and tukar…sebab PBD tu perlu dilampirkan dalam fail peribadi yang akan dihantar 20/03 ni. Ku kata je perempuan bongok ni buat senyap and paksa kita ambil semula kat sekolah. Memang hanginlah lakiku dengar…


Tapikan…secara jujurnya…mak MQD ni memang pelik…

  1. Kita assume dia ke pejabat sekolah on 14/03. PBD anak dia tiada. Katalah mungkin ada 5 PBD tidak dikutip lagi. Salah satunya PBD Qaleesya. Macam mana dia tau dari 5 orang ni, siapa yang dah terambil PBD anak dia tu? Pandai pulak dia terus aim aku dalam WA group class?

  2. Dah kalau PBD anak ko takde, kenapa sign akuan penerimaan PBD Qaleesya tu? Bermakna niat asal ko memang nak settle tukar sendiri2 je kan? Tanpa libatkan Ustazah dan pejabat sekolah…

  3. Bagitau office kemain…tapi bila kita offer nak datang hantar, buat keras kepala pulak tak layan…so…yang ko pergi kutip PBD anak aku tu kenapa sebenarnya?

  4. Pastu menyusahkan Ustazah nak reprint bagai…ehhh…PBD tu adalah…bukannya hilang pon!


Nak tak nak esok siang, 16/03 kena WA Ustazah print semula and pickup di sekolah Jumaat, 17/03. Entah kenapa Tuhan datangkan orang sebegini dalam hidup aku. Benda simple, senang buat jadi susah. Elok2 kita dah pi kutip awal last week, jadi bermasalah pulak hujung2 nak start sekolah ni. Aku ni bukan senang nak naik darah…tapi bila orang beriya sangat, lepas tu buat bodoh…sape je tak naik hangin!


Related Posts with Thumbnails