Nuffnang

Wednesday, December 20, 2017

Scan 3D / 4D for my 3rd baby...

17/12/2017 (Sunday)


Klinik yang menjadi pilihan adalah Klinik Siti yang baru beroperasi di KIP Sentral, Kota Warisan, Sepang, Selangor...sebab ape? Berdasarkan fast research di internet, doktornye perempuan, ramah, mesra, husband dan anak2 boleh join tengok ketika scanning...harga pun berpatutan...

Setelah digodek2 page Klinik Siti Kota Warisan kat FB, makanye pada hari Ahad (17/12/2017) tengahari, ku pun call untuk set appointment. Kata nurse tu, waktu terbaik untuk 3D / 4D scan adalah selepas 26 weeks. Ok...cantik! Next week ku dah 29 weeks. Lambat2 nanti dah sendat pulak perut, manatau semakin tak larat ke...? Ataupun weekend manjang de event lain: wedding, settlekan VM, budak2 nak sekolah, ect...

Cumanye sekarang, kakak2 dia jelah takde nak tengok baby...tengah seronok berjimba agaknye ngan AtukWan kat JB, dah 2 minggu kat sana...mungkin bagus jugak dorang takde, kot tak, huru hara bapak dia nak handle...kalau ade pun, mungkin bagus jugak untuk knowledge dorang, new experience...tapi yang penting sekarang, Mama Papa boleh bertenang focus tengok baby dulu...

Appointment pun dibook pada hari Selasa (19/12/2017) 8.30 pm, time ni ku dah 29 weeks 2 days...


19/12/2017 (Tuesday)


Harini keje...sampai BBST around 7pm, terus pi makan dulu walaupun tak selera...then balik rumah, mandi, wangi2 sket terus keluar lagi...Sampai klinik around 8.35 pm...ramai jugak yang menunggu giliran...Tunggu jap je then dipanggil masuk...sorry ye korang yang menunggu, nampak macam potong queue je tapi kite dah wat appointment dulu...Doktor perempuan tu bagus, masuk je bilik terus disuruh baring dan bertenang...bagus, straight to the point...i likeee...sepanjang scanning, penerangan pun senang paham...antara yang dibincangkan...

1. Tumbesaran

Kiraan berdasarkan size kepala baby...still dalam range normal...estimate berat dia 1.2 kg sekarang...estimate berat time lahir nanti 3.2 - 3.4 kg (lebih kurang berat kakak2 dia dulu)...gerun pulak bile pikir...

2. Down Syndrome

Tulang hidung cantik bersambung dengan tengkorak...maksudnye tiada simptom Down Syndrome (minta dijauhkan)...anak2 Down Syndrome biasanye ade bentuk tulang muka tertentu...

3. Peparu

Peparu kiri dan kanan elok terbentuk dan terpisah cantik, tiada saluran penyambung...maknanye, peparu tak berlubang / bermasalah...

4. Jantung

Pola degupan jantung beritma cantik dan sekata...kuat dan laju jugak tapi still dalam range normal...

5. Pergerakan / Tindakbalas

Baby sangat2 active....tangan selalu kat muka...entah sapu ke tutup ke sampaikan doktor kene goncang2 sket perut Mama nak buat dia alihkan tangan...lama sket baru menjadi...dapatlah tengok full face dia...tembam, bulat, montel...kejap2 nguap, muka masam, senyum...macam2 mimik muka dibuatnye...kaki pun lincah...seronok pulak doktor ngusik dia...

Hi baby...

6. Jantina

Sekali tengok je dah tau jantinanya...sebabnye 'baik' je dia duk mengangkang dalam tu...as of now, biarlah rahsia...tak sabar nak tengok reaksi kakak2 dia nanti...

7. Air ketuban

Cecair amnion / air ketuban cukup banyak untuk baby...doktor kata sikit ke banyak, baby yang tentukan...kalau kurang, tiada ubat / cara untuk atasi...hanya boleh pantau, berserah dan tawakal...start 38 weeks, cecair akan mula berkurangan...

8. Tulang belakang

Tulang utama tu jelas sangat kelihatan...dari leher hingga ke hujung pinggul...tiada yang luar biasa dikesan...


9. Uri

Uri / plasenta terletak di atas, di kedudukan yang sepatutnye...kalau berada di bawah, peluang bersalin normal tipis dan perlu dibedah...size pun berpadanan dengan baby...

10. Tali pusat

Tali tak terbelit di leher atau bersimpul kat mana2 angggota...baiknye baby...walaupun active tapi tak main yang bukan2 kat dalam tu...

Conclusionnye...


Puas hatilah walaupun rasa macam sekejap sangat scanning tu...tak puas tengok baby...gerakan active dia tu kadang2 geli, kadang2 sakit sebab mengeras...At the end, dia bagi CD video and pic baby, printed 3D muka baby and printed report...Klinik Siti ni terima cash and credit card...tapi kite bayar by credit cardlah...RM160 tu reasonable sangat rasanye...dorang pun bagus, takde paksa2 suh beli vitamin...paling penting kite dah tau camne keadaan baby kat dalam perut comel bulat ni...

Scan's report...

Next, takde scan2 dah...jaga diri, cukup rehat, cukup tido...tunggu dia keluar je around 11 weeks from now...moga baik2 aje nanti harapnye...takmo kene operate...jangan awal, jangan lambat sangat ye baby bersiap...

Resit scanning 3D / 4D di Klinik Siti, Kota Warisan, Sepang, Selangor...

Thursday, November 10, 2016

Don't be shy if you're sick...

 
Jangan pernah malu kalau sakit...pandang depan, tetapkan hati agar terus yakin dan kuat...dan teruskan perjalanan...abaikan mata2 yang memandang serius tempat sakit tu...mereka hanya ada sifat ingin tahu yang tinggi...yang ringan mulut dan peramah, pasti bertanya...concern katanye...sebenarnye, ramai juga yang berhati mulia di luar sana... 
 
  • yang senyum dan tunduk sket sebagai tanda selamat pagi dikala kite berjalan tersangatlah slow depan dia...
  • yang tolong tahankan pintu lif dikala kite berusaha mempercepatkan langkah yang sebenarnye tak cepat langsung untuk berkejar masuk lif...
  • yang selisih, senyum and bertanya khabar kaki itu...
  • yang berjalan, berborak seiring dengan slownye kite menapak...
  • yang menahan pintu berscan untuk beri peluang keluar bersama...walaupun sedang menahan kencing...
  • yang bertembung, senyum and ketepi...sebab kite tak boleh senang2 tukar lane laju2...
  • yang sudi hantar and amik betul2 depan pintu office...sebab dia tak boleh bayang macam mana kite akan menapak dari tempat parking ke ERL / LRT...next berpusu2 dalam train yang padat dan busuk tanpa dapat duduk...nak turun naik tangga / escalator sambil dilanggar2 orang...and last menapak lagi dari station ke office and sebaliknye...

Sakit itu penghapus dosa...yang jarang sakit, tak semestinye kuat...cuma dia sedikit bertuah...tapi sekali dia jatuh sakit, pasti sakit itu yang paling teruk buatnya...Hargai waktu sakit itu...barulah nampak siapa yang menyayangi anda dalam diam...

* Harini masuk office terhencot2 sambil mengalas bag laptop kat belakang...rasa malu tu tetap ade tapi cuba abaikan semua orang...yang senyum, bertanya je dilayan...dah biasa jalan laju2...bile nampak slow2 ni, confirmlah semua tengok pelik kan...


Friday, September 30, 2016

15 Pantang larang ketika haid...

pantang larang haid period menstruasi darah datang bulan



1. Jangan picit jerawat
- Biasanya satu jerawat besar akan muncul di mana -  mana bahagian muka, selalunya di dahi atau di pipi. Ia mungkin juga muncul di kawasan yang tak dijangka seperti kulit kepala, belakang badan, celah pelipat, ect. Jangan disentuh dan dipicit - picit dengan menggunakan jari. Dikhuatiri jerawat akan terkena infection, menjadi semakin besar dan bernanah. Jika jerawat kecil dan tidak berair, biarkan sahaja. Ia akan hilang dengan sendirinya. Jika jerawat besar dari biasa, boleh disapu tea tree cream ataupun tepekkan je bedak sejuk sebelum tidur.

2. Jangan mandi air sejuk
- Semasa haid, badan dalam keadaan lemah dan lesu. Mandi menggunakan air sejuk akan menyebabkan tubuh badan terkejut dan kapilari darah mengecut. Sebaiknya, mandilah mengunakan air suam. Tadahlah air hangat dari shower ke dalam baldi atau besen. Mula mandi dengan membersihkan kawasan intim dahulu. Seterusnya, jirus bahagian kaki, perut, dada, bahu, tangan dan akhirnya muka. Sabun seperti biasa.

3. Jangan basuh rambut
- Jangan dibasahkan atau dishampoo rambut, dari hari pertama hingga hari keempat haid. Jika terpaksa, gunalah air suam. Ini untuk melancarkan darah dan mengelakkan terjadinya keputihan. Kesan membasahkan rambut dalam hari larangan ini boleh menyebabkan darah kotor berhenti mengalir sebelum waktunya. Sekiranya kedatangan haid tetap atau dapat dijangka setiap bulan, shampoolah rambut satu atau dua hari sebelumnya.

4. Jangan lama2 dalam tandas
- Jangan berlama - lamaan di dalam tandas kerana rumah syaitan adalah tandas and makanan mereka adalah darah kotor. Tak sanggup nak bayang apa yang mungkin terjadi seterusnya.

5. Jangan makan makanan hanyir
- Makanan hanyir seperti udang, sotong, ikan masin, kerang, ect sebaiknya dikurangkan untuk mengelakkan darah haid berbau kuat dan hanyir. Makanan bersumberkan protein sangat digalakkan seperti telur, kekacang, tempe, tahu, daging, ayam, sayuran, ect.

6. Jangan minum minuman bergas dan berais
- Minuman bergas tiada faedahnya. Air bergas samada dalam tin atau botol hanya mengandungi gula dan gas yang tinggi. Perut akan terasa sebu, berangin, kembung dan tidak selesa. Sebaiknya, minumlah air suam atau panas. Ketika haid, tubuh badan sedang kehilangan air yang banyak, dalam bentuk darah dan gantilah ia dengan minuman yang berkhasiat. Jika teringin minum jus, buatlah suam - suam atau makan terus buahnya.

7. Jangan minum minuman berkafein
- Contohnya seperti teh, kopi, nescafe, ect. Minuman berkafein ini dikhuatiri akan memburukkan lagi ketidakseimbangan hormon yang sedang terjadi. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung dan tidak selesa.

8. Dilarang berjimak / bersetubuh
- Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 222 melarang suami menjimak isterinya ketika haid kerana perbuatan itu boleh mendatangkan penyakit bagi kedua belah pihak. Percampuran antara kawasan pusat hingga lutut, di antara lelaki dan perempuan adalah ditegah tetapi 'bermain' di kawasan lain adalah dibolehkan.

9. Dilarang berpuasa
- Tidak sah puasa bagi orang yang sedang dalam haid. Walau bagaimanapun, puasa bulan Ramadan wajib diqada' atau digantikan.

10. Dilarang mendirikan solat
- Solat orang yang sedang haid adalah tidak sah and solat itu tidak wajib diqada' atau digantikan.

11. Dilarang menyentuh dan membaca Al-Quran
- Kitab suci Al-Quran ni perlulah dijaga dan dihormati sebaiknya. Mintalah bantuan orang lain (yang suci dari haid) jika perlu dialihkan ke tempat lain. Tetapi sekiranya keadaan memaksa dan tiada sesiapa yang boleh menolong, lapiklah tangan dengan kain dan jangan bersentuhan kulit dengan Al-Quran itu.

12. Dilarang memasuki surau / masjid / ruang beribadat
- Memasuki kawasan surau atau masjid dibolehkan (tempat letak kereta, tandas, ect) tetapi memasuki surau atau masjid adalah dilarang. Dikhuatiri akan mengotori ruang beribadat tersebut.

13. Tidak digalakkan menziarahi kubur
- Ada beberapa pendapat berkaitan perempuan haid menziarahi kubur. Tetapi jika boleh, ia tidak digalakkan melainkan sewaktu pengebumian ahli keluarga terdekat.

14. Dilarang tawaf ketika mengerjakan haji / umrah
- Ibadah - ibadah haji atau umrah yang lain boleh dilakukan kecuali tawaf Kaabah.

15. Jangan berendam di dalam kolam / sungai / laut
- Demi kebersihan semua pihak, perempuan berhaid dilarang mandi berendam di dalam mana - mana kawasan berair. Darah yang masih mengalir akan mencemari air tersebut dan menganggu ekosistem semulajadi.


Remarks
  1. Jangan maksudnya optional...pilihan di tangan anda...buat boleh...tak buat lagi bagus...
  2. Dilarang maksudnya ditegah sekeras - kerasnya...tak boleh buat langsung...
  3. Sebaiknya ikut sahaja panduan agama masing - masing...yang baik itu pastinya ada sebab dan hikmahnya...
  4. List di atas adalah hasil personal research Sarah je. Boleh digunakan sebagai ingatan, panduan dan ikutan untuk semua perempuan. Semoga bermanfaat.


References
1. Pantang ketika haid dan penjagaan ketika haid
http://izzasbeautyhealth.blogspot.my/2015/08/pantang-ketika-haid-penjagaan-ketika.html/

2. Pantang larang ketika haid dan nifas
http://panduanpercuma.info/info/4095/pantang-larang-ketika-haid-dan-nifas/

3. Bolehkah wanita haid pergi ziarah kubur?
https://konsultasisyariah.com/1741-bolehkah-wanita-haid-pergi-ziarah-kubur.html
Related Posts with Thumbnails