Nuffnang

Thursday, June 4, 2020

Hangus RM110 untung saham SINOTOP !

Dagangan saham Bursa Malaysia sesi pagi harini (04/06/2020) melonjakkan 2 pegangan saham...Sinotop Holdings Berhad (SINOTOP) dan Carepls Group Berhad (CAREPLS). CAREPLS dalam process buy and hold. Harganya insyaAllah akan naik lagi selagi ada permintaan glove dan serangan pandemik Covid19. Setakat ni dah naik 19% dengan estimated profit RM125.

Harini nak jual SINOTOP. Dua minggu lepas, beli 1,000 unit (10 lot) dengan harga RM0.42/unit. Sebelum dagangan sesi pagi berakhir 12.30 tengahari, harga meet RM0.55/unit. 

Buy price = RM0.42 x 1,000 unit
                 = RM420
Sell price = RM0.55 x 1,000 unit
                 = RM550
Buy brokerage fee = RM9.61
Sell brokerage fee = RM9.65

Profit = RM550 - RM420 - RM9.61 - RM9.65
          = RM110.74
Saham SINOTOP ni antara pegangan paling tinggi unitnya (1,000 unit) selain MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM). Selepas 15 hari pegang, dah capai Target Profit ke-3 (TP3) 31% ni, kita jual jelah. Jangan tamak haloba ye…

Bila check order status...alamakkk...dah kenapa part Shariah = No? Sedangkan masa beli haritu, dah confirm banyak kali Shariah = Yes. Lepas research sana - sini...Shariah statusnya berubah 5 hari lepas...pada tarikh 29/05 bila Securities Commission Malaysia (SC) keluarkan first shariah list untuk tahun ni. 2nd list on Nov 2020 nanti.

List saham Msia yang bertukar shariah and non shariah for May 2020.
Dalam Table 2, no 6...Stock Code: 8532 SINOTOP become non shariah compliant. Cara overcome issue ni, kene tengok balik date 29/05...tengok last price dia samada untung atau rugi.
SINOTOP's trading plan

Memandangkan last price on 29/05 tu RM0.415/unit, compare to RM0.42/unit masa beli. Kita dah kerugian RM5 untuk 1,000 unit (10 lot). Untung tu tak boleh amik. Hanya harga modal je.

Cara kira:
RM550 - RM420 - RM9.61 - RM9.65
= RM110.74

Nilai RM110.74 kiranya bukan lagi menjadi hak kita. Wajib disedekahkan di tabung masjid, surau, fakir miskin atau dizakatkan. Proses ni dinamakan menyucikan duit saham. Cara paling cepat...passkan pada Mr SweetHeart untuk diselitkan dalam tabung masjid. Tapi due to Covid19, lama dah tak singgah masjid. So kita notedkan jelah dulu.
Updates:
05/06:
Harini hari Jumaat...hari terakhir untuk trading minggu ni sebelum ditutup lama (3 hari). 2 hari weekend and Isnin, 08/06 ditutup sempena Agong's birthday. Saham SINOTOP masih naik...harga setakat 12.30 tengahari ialah RM0.65/unit. Sayangnya statusnya dah non shariah compliant. So...marilah delete from wish list.
 
#Sinotop #SinotopHoldingsBerhad 
#BursaMalaysia #MalaysiaStocks #MalaysiaMarket
#15days #Profit #ProfitButLoss
#NonShariah #NonShariahCompliant
#PartTimeTrader #SwingTrader

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails