Nuffnang

Tuesday, June 9, 2020

Melompat2 dalam kereta...

Apa aktiviti kami time cuti Hari Keputeraan ni? Melompat2 dalam kereta ramai2! Pagi macam biasalah...basuh baju dan selimut budak2, kemas rumah sket2, makan breakfast simple, bagi makan meows... 

1. Home
  • Macam biasalah...tiap kali keluar, budak2 paling teruja. Pakai selipar gaduh...masuk kereta gaduh, dalam kereta gaduh...kita parent ni tak tutup rumah lagi dah panas hati dengar. Tak larat nak bebel marah dah...Si Kepala Bulat pon jenis kuat and cepat melenting. Gasaklah korang.
  • Berjanji dengan orang di No 3 untuk jumpa sebelum 12 tengahari. Tapi tak tahu pulak Mr SweetHeart selitkan Agenda No 2 tu. Ermmm...malas nak gaduh, nanti2 jelah inform delay sket tu.

2. Banting, Selangor.
  • Perjalanannya masyaAllah...melompat2 semua dalam kereta kecik ni. Si Kecik kemain enjoy! Akhirnya 3-3 terkulai lena.
  • Entah barang motor apa yang dicari. Sampai kedai, takde pula bendanya. Padehal dah call sebelum tu!

3. Seksyen 10, Bndr Baru Bangi, Selangor.

  • Sebenarnya...inilah tujuan utama kami outing harini...untuk delivery 2,750 pc coins ke stesen minyak Shell Seksyen 10 ni. 
  • Deal yang sangat2 mudah untuk close. Semalam, 07/06 offer available coins. Dalam masa kurang 24 jam, cust dah dapat terus duitnya. Alhamdulillah...rezeki untuk dia dan kami! Maaf terlewat sket ye…

4. Seksyen 16, Bndr Baru Bangi, Selangor.

  • Lama tak menjengah ke Restoran Sawah Ladang ni. Meriah lauk dia! Tekak teringin makan nasi lauk kicap.
  • Lately ni...tah kenapa mudah benar terliur tengok lauk paru. Bungkus terus.
  • Haa...hambik kau...kene RM13.50...(nasi putih + telur kicap + bendi tumis) = polistrin + (paru sira sambal pedas manis + kicap cili) = plastik! Bayar jelah…
  • Mr SweetHeart pon bungkus nasi putih + ayam percik + kentang nipis sira sambal.

5. Kompleks PKNS, Seksyen 9, Bndr Baru Bangi, Selangor.

  • Budak2 melompat2 minta KFC. Layan jelah...asalkan makan, ok je.
  • Sampai sana, nampak pulak lori food truck Kyros Kebab. Haihhh...cam terliur je. Tapi tak minta. Alih2 Mr SweetHeart dah belikan sesenyap. Heee...TQ lalink!

6. Puchong, Selangor.

  • Mr SweetHeart masih tak jumpa benda yang dicari dekat No 1 tadi. So, kita ke kedai kereta di Puchong Utama pulak.
  • Sementara tunggu tu, Reez dah tak keruan bau KFC. Maka, melahaplah bertiga diam2.
  • Mama cubit2 manja ayam KFC and Kyros Kebab. Lapar wei...dah 2pm pon.

7. Seri Kembangan, Selangor.

  • My 2nd tujuan after No 3. Lama tak datang sini kutip sales VM. Ermmm...haritu dobi ni tutup lama sebab PKP, confirm droplah sales tahun ni. Dah lah monthly sales pon semput nak dapat.
  • Tengok cushion kaki pon makin teruk kene cakar kucing yang berkeliaran. Ermmm...duit lagi...

8. Dengkil, Selangor.

  • Mr SweetHeart masih mencuba. Tah pebenda tah yang tak jumpa2 nak dibeli tuh.
  • Kita ni dah masuk fasa lalok. Malam tadi tak cukup tido. Berat gile mata ni,
  • Akhirnya Si Dia frust. Esok je nak cari di KL katanya. Cukuplah rayauan harini.

9. Bndr Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

  • Lega dah nak sampai rumah! My 3rd and last tujuan! Nak beli ayam mentah...rebus and jamu anak2 bulus. 
  • Terkejut malam tadi tengok Bear susut berat sangat. Nampak bentuk tulang rangkanya. Kene paksa makan multivit ni and naikkan selera.

10. Home

  • Walaupun mata berat, gigih jugak basuh dan rebus unwanted + isi2 ayam. 
  • Senja terus bagi dorang. Dinner serve sup ayam pulak. 
  • Mama murah rezeki lately ni. Adalah untung sana sini sket. Kita share ye!
  • Hall and dining, Leesya and Reena yang kemas. Bapaknya sambung siapkan motor lelaju.
  • Sebenarnya...lepas basuh ayam tu, sempat terlena jap. 
  • Tetiba...Mr SweetHeart kejut suh basuh Reez yak...and Kay pon dah sampai.
  • Tengah2 masak popia otak2 and popia sata, balik pulak. Ermmm...pape jelah.
  • TQ untuk durian and 3 keping duit Raya.

Begitulah cerita harini...hampir separuh hari dihabiskan dalam kereta je. Tukar view budak2...lama terperap kat rumah. Kalau tengok Google Map...perjalanan harini lebih kurang 150 km untuk 3 jam straight journey. Dah boleh sampai Perak tu!. Patutlah penat and ngantuk gilerrr...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails