Nuffnang

Tuesday, June 9, 2020

Melompat2 dalam kereta...

Apa aktiviti kami time cuti Hari Keputeraan ni? Melompat2 dalam kereta ramai2! Pagi macam biasalah...basuh baju dan selimut budak2, kemas rumah sket2, makan breakfast simple, bagi makan meows... 

1. Home
  • Macam biasalah...tiap kali keluar, budak2 paling teruja. Pakai selipar gaduh...masuk kereta gaduh, dalam kereta gaduh...kita parent ni tak tutup rumah lagi dah panas hati dengar. Tak larat nak bebel marah dah...Si Kepala Bulat pon jenis kuat and cepat melenting. Gasaklah korang.
  • Berjanji dengan orang di No 3 untuk jumpa sebelum 12 tengahari. Tapi tak tahu pulak Mr SweetHeart selitkan Agenda No 2 tu. Ermmm...malas nak gaduh, nanti2 jelah inform delay sket tu.

2. Banting, Selangor.
  • Perjalanannya masyaAllah...melompat2 semua dalam kereta kecik ni. Si Kecik kemain enjoy! Akhirnya 3-3 terkulai lena.
  • Entah barang motor apa yang dicari. Sampai kedai, takde pula bendanya. Padehal dah call sebelum tu!

3. Seksyen 10, Bndr Baru Bangi, Selangor.

  • Sebenarnya...inilah tujuan utama kami outing harini...untuk delivery 2,750 pc coins ke stesen minyak Shell Seksyen 10 ni. 
  • Deal yang sangat2 mudah untuk close. Semalam, 07/06 offer available coins. Dalam masa kurang 24 jam, cust dah dapat terus duitnya. Alhamdulillah...rezeki untuk dia dan kami! Maaf terlewat sket ye…

4. Seksyen 16, Bndr Baru Bangi, Selangor.

  • Lama tak menjengah ke Restoran Sawah Ladang ni. Meriah lauk dia! Tekak teringin makan nasi lauk kicap.
  • Lately ni...tah kenapa mudah benar terliur tengok lauk paru. Bungkus terus.
  • Haa...hambik kau...kene RM13.50...(nasi putih + telur kicap + bendi tumis) = polistrin + (paru sira sambal pedas manis + kicap cili) = plastik! Bayar jelah…
  • Mr SweetHeart pon bungkus nasi putih + ayam percik + kentang nipis sira sambal.

5. Kompleks PKNS, Seksyen 9, Bndr Baru Bangi, Selangor.

  • Budak2 melompat2 minta KFC. Layan jelah...asalkan makan, ok je.
  • Sampai sana, nampak pulak lori food truck Kyros Kebab. Haihhh...cam terliur je. Tapi tak minta. Alih2 Mr SweetHeart dah belikan sesenyap. Heee...TQ lalink!

6. Puchong, Selangor.

  • Mr SweetHeart masih tak jumpa benda yang dicari dekat No 1 tadi. So, kita ke kedai kereta di Puchong Utama pulak.
  • Sementara tunggu tu, Reez dah tak keruan bau KFC. Maka, melahaplah bertiga diam2.
  • Mama cubit2 manja ayam KFC and Kyros Kebab. Lapar wei...dah 2pm pon.

7. Seri Kembangan, Selangor.

  • My 2nd tujuan after No 3. Lama tak datang sini kutip sales VM. Ermmm...haritu dobi ni tutup lama sebab PKP, confirm droplah sales tahun ni. Dah lah monthly sales pon semput nak dapat.
  • Tengok cushion kaki pon makin teruk kene cakar kucing yang berkeliaran. Ermmm...duit lagi...

8. Dengkil, Selangor.

  • Mr SweetHeart masih mencuba. Tah pebenda tah yang tak jumpa2 nak dibeli tuh.
  • Kita ni dah masuk fasa lalok. Malam tadi tak cukup tido. Berat gile mata ni,
  • Akhirnya Si Dia frust. Esok je nak cari di KL katanya. Cukuplah rayauan harini.

9. Bndr Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

  • Lega dah nak sampai rumah! My 3rd and last tujuan! Nak beli ayam mentah...rebus and jamu anak2 bulus. 
  • Terkejut malam tadi tengok Bear susut berat sangat. Nampak bentuk tulang rangkanya. Kene paksa makan multivit ni and naikkan selera.

10. Home

  • Walaupun mata berat, gigih jugak basuh dan rebus unwanted + isi2 ayam. 
  • Senja terus bagi dorang. Dinner serve sup ayam pulak. 
  • Mama murah rezeki lately ni. Adalah untung sana sini sket. Kita share ye!
  • Hall and dining, Leesya and Reena yang kemas. Bapaknya sambung siapkan motor lelaju.
  • Sebenarnya...lepas basuh ayam tu, sempat terlena jap. 
  • Tetiba...Mr SweetHeart kejut suh basuh Reez yak...and Kay pon dah sampai.
  • Tengah2 masak popia otak2 and popia sata, balik pulak. Ermmm...pape jelah.
  • TQ untuk durian and 3 keping duit Raya.

Begitulah cerita harini...hampir separuh hari dihabiskan dalam kereta je. Tukar view budak2...lama terperap kat rumah. Kalau tengok Google Map...perjalanan harini lebih kurang 150 km untuk 3 jam straight journey. Dah boleh sampai Perak tu!. Patutlah penat and ngantuk gilerrr...

Monday, June 8, 2020

Agong's birthday 2020...

Daulat Tuanku


Harini, 08 Jun 2020 adalah cuti kelepasan am sempena...Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia...Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Dianjakkan sedikit dari tarikh asalnya, 06 Jun 2020. Dan bermula tahun depan, 2021...Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ini akan disambut pada hari Isnin minggu pertama bulan Jun.


Birthday Agong's dates for next 4 years.

Thursday, June 4, 2020

Hangus RM110 untung saham SINOTOP !

Dagangan saham Bursa Malaysia sesi pagi harini (04/06/2020) melonjakkan 2 pegangan saham...Sinotop Holdings Berhad (SINOTOP) dan Carepls Group Berhad (CAREPLS). CAREPLS dalam process buy and hold. Harganya insyaAllah akan naik lagi selagi ada permintaan glove dan serangan pandemik Covid19. Setakat ni dah naik 19% dengan estimated profit RM125.

Harini nak jual SINOTOP. Dua minggu lepas, beli 1,000 unit (10 lot) dengan harga RM0.42/unit. Sebelum dagangan sesi pagi berakhir 12.30 tengahari, harga meet RM0.55/unit. 

Buy price = RM0.42 x 1,000 unit
                 = RM420
Sell price = RM0.55 x 1,000 unit
                 = RM550
Buy brokerage fee = RM9.61
Sell brokerage fee = RM9.65

Profit = RM550 - RM420 - RM9.61 - RM9.65
          = RM110.74
Saham SINOTOP ni antara pegangan paling tinggi unitnya (1,000 unit) selain MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM). Selepas 15 hari pegang, dah capai Target Profit ke-3 (TP3) 31% ni, kita jual jelah. Jangan tamak haloba ye…

Bila check order status...alamakkk...dah kenapa part Shariah = No? Sedangkan masa beli haritu, dah confirm banyak kali Shariah = Yes. Lepas research sana - sini...Shariah statusnya berubah 5 hari lepas...pada tarikh 29/05 bila Securities Commission Malaysia (SC) keluarkan first shariah list untuk tahun ni. 2nd list on Nov 2020 nanti.

List saham Msia yang bertukar shariah and non shariah for May 2020.
Dalam Table 2, no 6...Stock Code: 8532 SINOTOP become non shariah compliant. Cara overcome issue ni, kene tengok balik date 29/05...tengok last price dia samada untung atau rugi.
SINOTOP's trading plan

Memandangkan last price on 29/05 tu RM0.415/unit, compare to RM0.42/unit masa beli. Kita dah kerugian RM5 untuk 1,000 unit (10 lot). Untung tu tak boleh amik. Hanya harga modal je.

Cara kira:
RM550 - RM420 - RM9.61 - RM9.65
= RM110.74

Nilai RM110.74 kiranya bukan lagi menjadi hak kita. Wajib disedekahkan di tabung masjid, surau, fakir miskin atau dizakatkan. Proses ni dinamakan menyucikan duit saham. Cara paling cepat...passkan pada Mr SweetHeart untuk diselitkan dalam tabung masjid. Tapi due to Covid19, lama dah tak singgah masjid. So kita notedkan jelah dulu.
Updates:
05/06:
Harini hari Jumaat...hari terakhir untuk trading minggu ni sebelum ditutup lama (3 hari). 2 hari weekend and Isnin, 08/06 ditutup sempena Agong's birthday. Saham SINOTOP masih naik...harga setakat 12.30 tengahari ialah RM0.65/unit. Sayangnya statusnya dah non shariah compliant. So...marilah delete from wish list.
 
#Sinotop #SinotopHoldingsBerhad 
#BursaMalaysia #MalaysiaStocks #MalaysiaMarket
#15days #Profit #ProfitButLoss
#NonShariah #NonShariahCompliant
#PartTimeTrader #SwingTrader

Saturday, May 16, 2020

Happy Teacher's Day 2020...

Happy Teacher’s Day untuk semua pendidik dan pengajar untuk tahun ini. Ilmu positif ke negatif ke kita terima je untuk kelangsungan dan kemahiran hidup.

1. Saham


  • Duration: 06-09/2019 and 05/2020.
  • Banyak belajar mengenai saham dan buat nota.
  • Tuan guru utamanya termasuk Tuan Hj Mohd Asri Ahmad (AAA), Dato Dr Nazri Khan (DDNK), Rayner Teo (TradingwithRayner).
  • Belajar sendiri2 je dari portal, website, FB Page, FB Group, Telegram, Youtube, ect.
  • Nak pergi kelas tapi dorang hanya buat weekend je. Ada yang free tapi kita pulak tak free sebab Mr SweetHeart ada class di UITM Shah Alam every weekend. So sape nak jaga budak2 kan?
  • Create 2 CDS account: 
    • M+ Online - untuk Bursa Malaysia.
    • Maybank Trading Online - untuk US Market.
  • 2019:
    • Beli kaunters...KHEESAN, UWC, LBS-WA, INARI-WB, N2N.
    • Tapi hanya UWC yang untung. Bila ditolak brokerage fee semuanya, jadi rugi semula.
    • So ilmu yang dapat adalah:
      • Cara guna platform M+ Online.
      • Cara jual beli saham dan prosesnya.
      • Cara kira unit dan lot saham, harga saham, brokerage fee, trading limit, purchase and sales contract, ect.
  • 2020:
    • Beli kaunters...COMFORT, CAREPLS, MSM, SINOTOP.
    • Setakat May ni, hanya CAREPLS yang menguntungkan. Naik 84% dengan keuntungan bersih RM459.50. Pegang 2 hari je tu!
    • So ilmu yang dapat adalah:
      • Berapa unit saham yang patut dilabur dan mendatangkan keuntungan selepas ditolak brokerage fee (beli dan jual lebih kurang RM20).
      • Cara pilih kaunter:
        • Buy Rate % => 65%.
        • Transaction / Volume => 1,000.
        • Previous Close => 0.50.
        • Change => 0.05.
      • Pilih dari list Most Active (Volume).
      • Timeframe: 5m, 15m, 30m, 1h, 1d, 1w, 1m.
      • Add Bollinger Band (BB) and Moving Average (MA) into the frame.
      • Set Stop Loss (SL) max 10%.
      • Set few Target Profit (TP) = 20%, 40%, 60%, 80%.
      • Risk and emotional management.

2. Indian








  • Duration: 07/2019 - 01/2020.
  • Untuk yang sekalian kalinya, dapat boss orang sana.
  • Awal2 join, selalu dapat morning wish, senyuman.
  • Lama2, naik 1 lif pon dia boleh buat tak nampak.
  • Hanya kerana kita ni jenis...buat kerja senyap2, tak berjalan sana - sini, tak berborak sambil buat kerja, datang dan balik on time, amik cuti sehari dalam sebulan, amik cuti AL 3-4 hari...
  • Kita dijadikan benda paling busuk dalam team dia...paling tak berharga...macam tak wujud.
  • Segala kerja yang completed and success without defects, semua tak nampak. 
  • Tau2 kene terminates within 2 hours and without notice.
  • Jenis yang dia suka mesti...datang sebelum 9am, balik selepas 7pm, terus online sekiranya disuruh walaupon weekend or midnight, cuti AL max 2 hari je and jarang amik, boleh amik alih tugas orang lain serta - merta tanpa bantahan, pickup call and reply WhatApp immediately...ehhh banyak lagilah...macam kita ni robot.
  • So...terima kasihlah untuk pengalaman hampir 6 bulan bekerja di Menara Celcom CANCO, PJ.
  • Dev Team pon berperangai suku sakat. Sekali pon takde lunch gathering. 
  • Terasa betul betapa jauhnya distance dengan dorang. Konon je ‘really appreciate your effort’...

3. Kids notes


  • Duration: 07-08/2019 and 02-05/2020.
  • Ilmu asas yang hampir dilupakan.
  • Buat sekadar mengisi masa lapang dan dengan niat akan revision dengan budak2.
  • Yelah, buku teks kan pinjaman je.
  • Time PKP ni banyak juga masa free tapi kita ni sibuk juga dengan Raya Sales (SCO, AlRazi Micro Cream, Sampul Raya, Flerr, Coins), kerja2 rumah, jual beli saham dan pemantauan, ect.

4. Business


  • Duration: Every time online.
  • Tuan gurunya adalah Khairul Hakimin Mohammad (KHM), Puan Ainon Mohd.
  • FB and IG content’s management to reach the highest possible visibility to others.
  • How to keep the momentum and consistency.
  • Shopee’s shop management.

Ermmm...ni je kot yang terpikir buat masa ni. Ada up and down. Ada suka dan duka. Ilmu yang baik seharusnya boleh dipraktikkan terus dan disampaikan pula ke orang lain. Setiap hari adalah hari baru. Hari2 mesti ada je benda baru yang boleh dipelajari. Think positive and keep moving on.

Related Posts with Thumbnails