Actually Sarah tak menyambut sangat Raya Haji ni...sebab selagi tak pergi umrah / haji, rasanya semacam tak layak nak meraikan. Lainlah kalau ada family terdekat yang selamat balik dari menunaikan ibadah Rukun Islam kelima ni.
Raya Islam kali kedua ni sama ja...hanya lepak di rumah. Aktiviti masak makanan raya bermula 9 am+. Masak bergilir2 dengan Mr SweetHeart secara santai2 je. Dia masak sup tulang, makan bersama nasi impit, mee dan mihun. Sarah masak rendang ayam cili api dan rendang daging Padang. Settle masak 3 pm+ kot. Tiga batang lemang beli je di gerai Lemang Bagus, Kampung Salak, Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Sedap berlemak sangat! Hilang sket rindu beraya di kampung.
Tiada aktiviti pakai baju raya ataupun bergambar. Hanya call parent dan siblings lain, tanya masakan masing2 dan suasana di sana. Tiada issue homesick pon. Dah lali, kuat dan terima ketentuan yang kita semua akan lebih lama terperuk kat rumah ni. Yang penting, jangan dicipta harapan yang tak pasti lagi kejadiannya.
Aktiviti petang 5 pm+, family Ayen datang menjengah (memenuhi tuntutan Mak). Budak2 bersuka ria mandi kolam. Dua beradik tu berborak, 8 pm dorang pun pulang. Dah lewat pula nak meronda pusing2 sekitar Sepang ni untuk release tension terkurung. Mr SweetHeart repeat beli lagi lemang 3 batang. Ulang makan apa yang ada jelah.
As for me, tiada kunjungan adalah lebih baik...! Simptom Covid19 tak bergejala semakin naik. Kalau dah sakit nanti, takkan ada sesapa nak dekat atau bantu apa patut. Kena selalu beringat...kita yang tua2 at least dah dapat 1st dose vaccine...budak2 belum tentu lagi. Sooo...jaga kesihatan lebih penting dari jaga hati ye…
#SarahRamlan
#SelamatHariRayaAidilAdha
#RayaAidilAdha #RayaHaji
#SalakTinggi #Sepang #Selangor