Nuffnang

Sunday, June 27, 2021

Biz: Shutdown and moving out massage chair...

Seperti yang dirancang, plan weekend untuk hujung bulan Jun 2021 ni adalah untuk angkat keluar kerusi urut dekat dobi di Seri Kembangan (SK). Kenapa…? Bukan sebab terjejas dengan C19 sangat pon...tapi lebih kepada internal things:

  1. Kekangan masa untuk datang check seminggu sekali.

  2. Jarak perjalanan yang jauh - 31 km / 31 minit dari rumah.

  3. Kadar sewa yang agak tinggi.

  4. Kurang pantauan dari owner dobi.

  5. Sales sendu.

  6. Masalah kucing - cakar kusyen kaki, kencing merata, buat port tido.

  7. Masalah cust - duit sangkut, plug dicabut untuk charge phone.



No 1 dan 2 saling berkait. Disebabkan lokasi dobi SK yang berada di luar julat perjalanan ulang-alik pergi kerja Mr SweetHeart between Sepang - KL...menyebabkan 1 perjalanan lain terpaksa dibuat pada hari minggu...khas untuk settle kerusi je. Biasanya Jumaat malam. Agak tak berbaloi rasanya untuk angkut satu family (kekonon sambil settle biz and jenjalan) sebab kami takde tujuan lain kalau ke SK tu. Paling kuat pon hanya makan2 di restoran sebelah. Takkan lepas kutip duit yang tak seberapa dari kerusi tu terus dibazirkan (selalunya sengaja makan tapi tak lapar sangat)? Pergi balik je amik masa 1 jam! Tak masuk maintenance lagi...kutip duit, lap kusyen, sapu keliling, functional test…at least 20 minit kat situ. So, total 1 jam 20 minit untuk settle kerusi je. Sangat2 tak berbaloi... No 3, 4 dan 5 berantai. Sewa tapak yang agak tinggi vs pulangan sales yang selalu sendu (semakin teruk selepas C19) buat kami pikir panjang. Most of the months, takde keuntungan yang tinggal selepas ditolak sewa. Manjang negative…! Owner dobi hari2 datang tapi langsung takde kesungguhan untuk menjaga kebajikan penyewa tapak…! Takde nak amik tau pasal kerusi tu - sangkut duit ke, plug on off ke, kucing buat tido ke, ect. Memang jarang sangat owner dobi report sebarang masalah. Sedapnya makan duit sewa senyap2…! Mungkin salah kami juga tak sign contract stated ape tasks owner dobi. Sepatutnya adalah timbal baliknya. Sejak C19 melanda, sewa tapak tak pernah dikurangkan. Takpelah...kami redha. Untuk info, tapak ni adalah yang kedua semenjak mengusahakan biz kerusi urut. No 6 and 7 adalah masalah2 yang perlu dipantau daily sebenarnya. Semburan serai yang berbau kuat secara berkala perlu dibuat untuk mencegah kucing dari mendekati kerusi. Soal duit yang selalu tersangkut pula...ermmm...entahlah...susah nak halang kalau cust masukkan duit koyak, duit bersalotape atau syiling (budak2 yang tak dipantau parent or cust bodoh yang sengaja tak nak paham arahan). Keputusan drastik untuk shutdown and move out ni dibuat selepas owner dobi inform akan menjual biz dalam masa terdekat ni. Alasan...penat berulang-alik SK - Puchong daily. Dulu owner duduk SK je. Lagi satu sebab kerusi tak function. Fuse dah tukar tapi masih tak solve. Suspected motor or motherboard problem. So, kita panggil En. Zaidi je angkut balik. Melayang lagi RM250...huhuhu…


Next plan…
1. Service and repair ape patut...
2. Tukar kusyen kaki and mana2 part yang buruk tu…
3. Up iklan untuk dijual…
Berminat cuba biz santai? Kita offer BEST PRICE * Boleh hantar sekitar Selangor dan KL. #SarahRamlan #ShutdownBiz #Biz #VendingMachine #VM #VendingChair #VMChair #MassageChair #KerusiUrut #SeriKembangan #SK #Selangor

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails