- Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
- Membiarkan isteri balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya.
- Membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
- Membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
- Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa sporting yang memahami.
- Menyuruh, mengarah dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian seksi di luar rumah.
- Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gangstarz dan lain-lain sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
- Membiarkan isteri atau anak menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon, nafsu seorang lelaki dihilangkan? Tidak sama sekali!
- Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
- Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas atau sebagainya.
- Membiarkan isteri bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
- Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujud klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
- Membiarkan isteri pergi kerja menumpang teman lelaki seperjabat tanpa sebarang cemburu.
- Membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Nuffnang
Tuesday, September 9, 2008
Bila Lelaki Menjadi Dayus?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment