Nuffnang

Thursday, May 14, 2009

Fadhilat Sebagai Isteri...

Harini genaplah 2bulan kehidupanku sebagai isteri someone...so far oklah...masing2 ok ngan mertua masing2..malu2 tu besala...seronok sangat life ni...boleh berkepit sana sini tanpa takut kena "tegur"...balik lewat malam tanpa risau kene "tangkap"...melawak pukul2 tanpa segan orang jeling...makan/minum share tanpa perlu sorok2...best...bahagia sangat...!

Beberapa hari lepas, clean up yahoo mail...hehehe...coz da 4bulan tak buka...mak aih...disebabkan tangan ni gatal nak join yahoogroup bagai...kat inbox je unread mail de 21593...huhu....nak delete sume, rasa teringin lak nak baca...so delete yang dorang reply jek...tengah belek2 tu, terjumpala 1 info ni...memang kenalah ngan lifeku sekarang...i share it with you all...

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami.
Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti di bawah:-
1) Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2) Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3) Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4) Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5) Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6) Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yang meninggal itu tetap dapat
pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7) Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8) Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga! Beruntungnya jadi Isteri!


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails