Nuffnang

Friday, August 13, 2010

Hukum tak puasa kerana mengandung...

Harini genaplah aku masuk 36 weeks...uish berdebar tunggu pe akan jadi hari2 seterusnye...yelah orang kata sekarang hari2 menunggu baby...tah bile masanye, baby yang tentukan...aku pun rasanye berkemungkinan bersalin before Raya...ikutkan firstday Raya tu due date...tapi tengok rupe perut ni, gaya cam kepala baby dah turun ke ruang rangka tulang pelvis...tak boleh lasak2 sangat dah...de gak tertanya2 boleh ke pose Ramadan ni memandangkan aku de masalah HB...so ni antara info yang boleh digunapakai...ikutlah diri masing2 nak pose ke tak...

Soalan:
Apakah hukumnya bagi seorang wanita yang mengandung meninggalkan puasanya di bulan Ramadan atas sebab mengkhuatiri kesihatan diri yang tidak berupaya melakukan kerja-kerja hariannya?

Jawapan:
Menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.

Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa.

Sumber:
Website Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails