Nuffnang

Friday, July 25, 2008

Sunat Hai'ah

  1. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, rukuk, iktidal dan bangun pada rakaat kedua (bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan).
  2. Letakkan tangan kanan dia atas tangan kiri dan memegangnya dan letakkan di bawah dada atau di atas pusat.
  3. Membaca doa Iftitah.
  4. Membaca A'uzubillah.
  5. Membaca al-Fatihah dan surah dengan suara yang kuat pada tempat2 dan masa2 yang ditentukan.
  6. Mengaminkan Fatihah.
  7. Membaca surah dari Quran.
  8. Membaca tasbih ketika rukuk.
  9. Membaca tasbih ketika sujud.
  10. Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk.
  11. Meletakkan dua tangan di atas peha dan lepaskan semua jari.
  12. Duduk Iftirasyi pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri.
  13. Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir.
  14. Salam yang kedua.
Sunat Ab'adh
  1. Doa Qunut untuk solat Subuh dan solat sunat Witir.
  2. Berdiri semasa Qunut.
  3. Selawat di dalam Qunut.
  4. Membaca tahiyat awal.
  5. Duduk tahiyat awal.
  6. Selawat kepada Nabi dalam tahiyat awal dan akhir.
* Mereka yang tertinggal Sunat Ab'adh, maka disunatkan melakukan Sujud Sahwi.

Source: Wikipedia

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails