Sekarang wat pape pergerakan pun sakit...if duduk kat lantai, nak bangun tu punyelah payah...G kene tolong tarik tangan...if baring terlentang depan tv lak, sure2 pinggang ni sakit macam nak cramp...mesti kene mengiring...nak masak2 pun tumit cepat sakit...jalan banyak pun cepat mengah and sakit belakang...senang cite...bersandar tengok tv jelah sambil usap perut...sure baby response back...maka bergerak2lah perutku ke kiri ke kanan...hehehe...
Kat bawah ni dilistkan tanda2 hampir bersalin...setakat ni aku hanya alami simptom no 1 and 2 jek...if dah sampai tahap kuaq lendir campur darah tu atau air ketuban pecah, cepat2lah ke hospital...
1) Baby turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala baby dah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. You all mungkin terasa:
- Sakit di bahagian kelangkang kerana baby menekan.
- Kerap buang air kecil kerana baby menekan pundi kencing.
- Sakit perut, memulas.
- Kerap buang air besar.
- Kerap terkentut.
- Baby beralih dan menekan tulang belakang.
- Untuk kurangkan sakit belakang, posisikan diri seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan jap. Ulangi lagi.
- Boleh gak kurangkan sakit dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran.
- If susah berjalan, suruh husband urut belakang dengan kuat semasa kite baring mengiring.
- Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim. Buat jadual.
- Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction atau false alarm agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudian.
- Doktor akan check vagina.
- Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10 cm.
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah lak keluar bila pintu rahim mula membuka.
- Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
- Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina.
- Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
- Kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam.
- Keluar air ketuban.
- Pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- Keluar darah dari vagina.
- Apa saja masalah yang dialami.
No comments:
Post a Comment